Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

OSCAR 2021 Ditunda Dua Bulan


Anugera Oscar atau Anugerah Akademi adalah majlis anugerah yang disifatkan sangat penting dalam kalendar industri perfileman Hollywood sejak hampir 100 tahun lalu.

Oscar yang secara tradisi diadakan pada Februari setiap tahun bukan sekadar acara yang menghimpunkan seluruh karyawan filem Amerika Syarikat (AS).

Bahkan, jauh lebih utama, Oscar memberi pengiktirafan kepada karya serta individu yang bekerja di sebalik tabir industri perfileman.

Bagaimanapun bagi edisi 2021, Academy of Motion Pictures Arts and Sciences (AMPAS) secara rasminya mengumumkan anugerah berprestij itu akan dilanjutkan pada 25 April 2021 bagi memberi masa kepada penggiat seni yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Presiden Academy David Rubin dan CEO Dawn Hudson dalam satu kenyataan kepada AFP berkata, banyak filem terpaksa menunda tarikh tayangan sehingga pawagam dibuka semula.


Malah, tarikh akhir bagi filem yang layak untuk dicalonkan juga dilanjutkan kepada dua bulan iaitu sehingga akhir Februari.

“Harapan kami dengan melanjutkan tempoh kelayakan dan tarikh acara anugerah akan memberikan fleksibiliti diperlukan oleh pembuat filem untuk menyelesaikan dan melancarkan filem mereka tanpa dikenakan denda atas sesuatu yang di luar kawalan,” kata Presiden Academy David Rubin dan CEO Dawn Hudson dalam satu kenyataan kepada AFP.

Malam terbesar industri filem itu asalnya dijadualkan berlangsung pada 28 Februari 2021.

Sementara itu, semua kategori filem perlu mendaftarkan kelayakan selewat-lewatnya pada 15 Januari 2021.

Dalam masa sama, untuk kategori khas, seperti filen animasi, dokumentari dan filem antarabangsa tempoh waktu hanya sehingga 1 Disember 2020.

Terdahulu, khabar angin mengenai penundaan Oscar sudah tersebar sejak akhir Mei lalu dan pihak Academy memaklumkan akan mempertimbangkan untuk melanjutkan acara penganugerahan.

Pertimbangan itu dibuat kerana terdapat banyak filem terpaksa dibatalkan tayangan selepas penutupan pawagam di Amerika Syarikat demi mencegah penularan virus Covid-19.

Sumber: Harian Metro


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

The Walt Disney Company Earns 6 Academy Awards Including Best Animated Feature Film and Best Documentary

Zulaikha

[VIDEO] Filem “Coda” Rangkul Anugerah Utama Oscar, Will Smith & Jessica Chastain Menang Kategori Pelakon Terbaik

Kakimuvee

Saksikan Anugerah Akademi Ke-94 (Oscars 2022) Secara Langsung Eksklusif Di Astro

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee