Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Orlando Bloom Sertai David Harbour Dalam Filem Adaptasi “Gran Turismo”


Bintang The Lord of the Rings Orlando Bloom disahkan membintangi filem adaptasi permainan video terbaru dari Sony Pictures, Gran Turismo, yang berdasarkan permainan video pelumbaan kereta popular dengan nama yang sama.

Bloom akan menyertai bintang Stranger Things David Harbour dan Midsommar Archie Madekwe.

Filem adaptasi ini akan diarahkan oleh Neill Blomkamp daripada lakon layar yang ditulis oleh penerbit eksekutif Jason Hall dan Zach Baylin

Filem ini mengisahkan seorang remaja yang mempunyai impian untuk menjadi seorang pelumba kereta, dia bersama gurunya menyertai siri pertandingan Nissan dalam usahanya untuk menjadi pemandu kereta lumba profesional yang sebenar – ia berdasarkan kisah benar. 

Penggambaran akan dilakukan di Eropah.


Mula dikeluarkan pada tahun 1997, francais Gran Turismo telah menjadi salah satu harta intelek permainan video perlumbaan yang paling popular, terkenal dengan tahap perincian dan realisme yang teliti. Gran Turismo 7 adalah permainan terbaharu dalam francais, dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 pada bulan Mac tahun ini.

Beberapa francais pemainan video Sony yang stabil semakin berkembang di Hollywood sebagai sebahagian daripada usaha baharu mereka untuk mengangkat permainan video ke TV dan skrin besar.

Filem Uncharted yang ditayangkan di pawagam awal tahun ini berjaya mengaut AS$ 400 juta walaupun mendapat ulasan sederhana. Sony juga mengadaptasi The Last of Us, Horizon Zero Dawn, dan Twisted Metal ke dalam siri TV.


Related posts

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Pandangan Pertama Vanessa Kirby Sebagai Josephine Dalam Poster Terbaru NAPOLEON

Kakimuvee

Brie Larson Akan Terajui Spin-Off ’21 Jump Street’

Kakimuvee

SPIDER-MAN: BEYOND THE SPIDER-VERSE: Penerbit Akui Mungkin Tangguhkan ‘Threequel’ Jika Terpaksa

Kakimuvee

Spider-Man: Across the Spider-Verse Telah Melepasi AS$500 Juta Seluruh Dunia

Kakimuvee

Selepas Bocor Di Media Sosial, Sony Lancar Trailer & Poster ‘Kraven The Hunter’

Kakimuvee