Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Optimus Prime Berhadapan Dengan Maximals Dalam Klip Terbaru “Transformers: Rise of the Beasts”


Transformers: Rise of the Beasts akan tiba di pawagam tidak lama lagi, dan Paramount Pictures telah mengeluarkan klip terbaru yang memaparkan kehadiran aksi-langsung Maximals buat kali pertama. 

Dalam video tersebut, Autobots bersedia untuk menghalang mereka daripada mencederakan sekutu manusia mereka, dan itu membawa kepada perselisihan tegang antara Optimus Prime dan Optimus Primal.

Anda boleh tonton TV Spot tersebut dibawah:

Transformers: Rise of the Beasts diterajui oleh pengarah Creed II Steven Caple Jr. daripada lakon layar yang ditulis oleh Joby Harold. Ia dibintangi oleh Anthony Ramos, Dominique Fishback, Peter Cullen, Michelle Yeoh, Pete Davidson, Ron Perlman, Peter Dinklage dan banyak lagi.

“Kembali ke aksi dan paparan yang menarik perhatian penonton wayang di seluruh dunia, Transformers: Rise of the Beasts akan membawa penonton pada pengembaraan globetrotting tahun 90-an dan memperkenalkan Maximals, Predacons dan Terrorcons kepada pertempuran sedia ada di bumi antara Autobots dan Decepticons, ” menurut sinopsis.


Filem terbaru Transformers ini akan ditayangkan pada 9 Jun 2023


Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee