Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Oppenheimer Menjadi Filem Pertama Christopher Nolan Yang Mendapat Rating ‘R’ Dalam Tempoh 2 Dekad


Variety melaporkan bahawa filem terbaru Christopher Nolan, Oppenheimer akan menjadi filem pertama yang mendapat rating ‘R’ dalam tempoh dua dekad. 

Nolan pertama kali membuat filem dengan rating ‘R’ pada tahun 2002 menerusi filem Insomnia, dan kebanyakkan filem seterusnya, seperti Dunkirk, Interstellar dan Inception telah diberi rating ‘PG-13.’

Filem terbaru terbitan Universal Pictures itu akan menemui penonton pada 21 Julai ini.

Oppenheimer menampilkan Cillian Murphy sebagai saintis J. Robert Oppenheimer, dan dia akan dibantu pelakon-pelakon yang cukup hebat yang terdiri daripada Emily Blunt, Matt Damon, Robert Downey Jr., Florence Pugh, Rami Malek, Kenneth Branagh, Dane DeHaan, Dylan Arnold, David Krumholtz, Alden Eherenreich, dan Matthew Modine.

Berdasarkan buku pemenang Hadiah Pulitzer tahun 2005 American Prometheus: The Triumph and Tragedy of J. Robert Oppenheimer, filem ini bakal menjadi satu lagi karya visual daripada Nolan.


Thriller epik yang dirakam dengan IMAX mendorong penonton ke dalam paradoks yang mendebarkan tentang lelaki misterius yang mesti mengambil risiko memusnahkan dunia untuk menyelamatkannya,”menurut logline

 


Related posts

Christopher Nolan Antara Yang Dirisik Untuk Arahkan Filem Terbaru James Bond

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video ‘The Last Voyage of the Demeter’ Tunjuk Bagaimana Raksasa Dracula Di Hidupkan

Kakimuvee

Projek Live-Action ‘How to Train Your Dragon’ Ditunda Susulan Mogok Penulis & Pelakon

Kakimuvee

Barbie Melepasi AS$1 Billion, Meg 2: The Trench Kutip AS$30 Juta Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Barbie & Oppenheimer Terus Dominasi Box Office Global

Kakimuvee