Pandemik COVID-19 turut memberi kesan kepada industri perfileman apabila hampir kesemua panggung wayang terpaksa ditutup bagi mengekang penularan wabak.
Penutupan tersebut telah memberi kesan kepada kutipan filem-filem yang sedang ditayangkan. Sehubungan dengan itu, beberapa studio telah mengambil langkah alternatif dengan mengeluarkan filem-filem terbaru mereka di platform streaming dan ‘video-on-demand’.
Antara filem yang bakal menemui penonton dirumah adalah filem animasi terbaru Disney / Pixar, Onward. Versi digital Onward telahpun dilancarkan pada 20 Mac yang lalu dengan harga sekitar $19.99 dolar, dan akan disiarkan di platform penstriman Disney+ pada 3 April ini.
Filem fantasi penggembaraan lakonan Chris Pratt dan Tom Holland telah ditayangkan pada 6 Mac yang lalu dan mencatatkan kutipan pembukaan sebanyak $103 juta dolar seluruh dunia ($61.5 juta domestik, $41.5 juta antarabangsa). Namun, tayangan terpaksa dihentikan selepas penularan wabak COVID-19 yang semakin serius diseluruh dunia.
#PixarOnward is coming to the US tonight on digital download and will be streaming on #DisneyPlus on April 3rd. pic.twitter.com/nShlnEBxsA
— Disney (@Disney) March 20, 2020