One Two Jaga Tercalon Di Festival Filem Asia ke-17

0
575
views

 

Sumber gambar: Kosmo

Filem tempatan yang diarahkan oleh Namron, One Two Jaga telah mencipta satu kejayaan yang begitu membanggakan apabila tercalon di Festival Filem Asia ke-17 di New York 2018 (NYAFF).

Filem itu dicalonkan dalam kategori Filem Cereka Terbaik bersama enam lagi karya dari Asia iaitu Blood of Wolves (Jepun), Liverleaf (Jepun), The Looming Storm (China), Men on the Dragon (Hong Kong), Microhabitat (Korea Selatan) dan Respeto (Filipina).

"Dari Shanghai ke New York perjalanan diteruskan membawa Malaysia ke persada dunia. Alhamdulillah," ujar Namron yang dipetik dari Harian Metro.

Ketika ini Namron sedang sibuk dengan siri jelajah bagi mempromosikan filem ini di Festival Filem Antarabangsa Shanghai ke-21 (SIFF) di China dari 16 hingga 25 Jun ini.

Filem terbitan Pixel Play Entertainment dan Jazzy Pictures itu mengangkat kisah sisi gelap anggota badan beruniform yang terlibat dengan rasuah dan jenayah, selain konflik kemanusiaan. Ianya dibintangi oleh beberapa barisan pelakon hebat tanah air seperti Zahiril Adzim, Rosdeen Suboh, Amerul Affendi, Iedil Putra, Chew Kin Wah dan juga dua pelakon Indonesia iaitu Ario Bayu dan Asmara Abigail.

Sementara itu, NYAFF bakal berlangsung di Film Society of Lincoln Center dan SVA Theatre bermula 29 Jun hingga 15 Julai depan.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here