Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

One Two Jaga Diboikot Warga PDRM?

Filem terbaru arahan Nam Ron, One Two Jaga dilaporkan telah ‘diboikot’ warga Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menurut laporan dari Utusan Malaysia, mereka semua bersepakat tidak menyokong filem arahan Nam Ron itu dengan tidak membawa ahli keluarga menonton di pawagam.

Isu rasuah dikalangan penguatkuasa yang ditonjolkan dalam filem One Two Jaga menjadi punca ia diboikot oleh warga PDRM.

Sementara itu, penerbit One Two Jaga, Bront Palarae menyatakan dia amat terkejut dan berharap pemboikotan itu tidak berlaku. Katanya, hal ini kerana PDRM sendiri amat menyokong dari awal malah Bukit Aman juga meluluskan skrip One Two Jaga selepas ditapis.

“Perlu lihat dalam konteks yang lebih besar, filem ini turut mengupas cabaran PDRM untuk perangi penyakit rasuah.Bagi saya, ia (rasuah) kes terpencil, bukannya satu institusi terlibat. Kita juga ketengahkan usaha dan ketegasan PDRM untuk banteras rasuah,” katanya.

One Two Jaga yang kini ditayangkan di pawagam antara lain berkisar kepada kisah pendatang haram yang menjadi mangsa sindiket dan hubung kaitnya dengan rasuah dalam kalangan anggota serta pegawai polis.

Selain Zahiril Adzim dan Rosdeen Suboh, ia turut menampilkan dua pelakon Indonesia, Ario Bayu dan Asmara Abigail serta pelakon Filipina, Timothy Castillo

Sumber: Utusan Online

Related posts

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

Telefilem Cinta Ramadan & Drama Sekuel Danny Angkat Tema Cinta Tulus Penuh Keinsafan Mulai 8 Oktober Ini

Kakimuvee

Ada Hantu 2 Kini Sedang Dalam Pra-Produksi

Kakimuvee

[Video] Penunggang Agama 2 Akan Ditayangkan Di Astro First 19 Oktober Ini

Kakimuvee

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Leave a Comment