BeritaSlot Tempatan

One Two Jaga, Di Sisi Ungguli Anugerah Skrin 2019

Views

Filem One Two Jaga dan drama RTM Di Sisi ungguli malam Anugerah Skrin 2019 apabila berjaya merangkul anugerah utama Filem Terbaik dan Drama Terbaik untuk edisi kali ini. One Two Jaga telah berjaya merangkul 4 anugerah dari enam pencalonan, manakala drama Di Sisi berjaya membawa pulang lima anugerah dari tujuh pencalonan.

Pelakon utama One Two Jaga, Dr. Rosdeen Suboh telah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem, manakala pelakon Gol & Gincu Vol. 2, Diana Danielle berjaya menewaskan pencabarnya untuk dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem.

Manakala untuk kategori drama, Faizal Hussein telah berjaya membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi lakonannya dalam drama Samad Tedung. Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama dimenangi Nabila Huda yang membintangi drama Dia Tidak Berdosa. 

Untuk kategori Pengarah Terbaik Drama dimenangi Wan Afzam Wan Daud (Di Sisi) dan bagi kategori filem dimenangi Mamat Khalid (Hantu Kak Limah)

Edisi kali ini mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal. Malam anugerah ASK 2019 telahpun berlangsung semalam (1 November) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Sumber gambar: Astro Gempak

Berikut adalah senarai calon-calon dan pemenang ASK2019:

Drama Terbaik

Di Sisi (Unit Drama TV, RTM)
Lalang (Unit Drama TV, RTM)
Sirna (Onechinoiz Studios)
Telingkah (Unit Drama TV, RTM)
Titi Kayu (Eleven Field)

Filem Terbaik

One Two Jaga
Paskal
Gol & Gincu Vol 2
Hantu Kak Limah
Polis Evo 2

Pelakon Lelaki Terbaik Drama

Faizal Hussein (Samad Tedung)
Muhammad Aidil Rafiq (Di Sisi)
Azhan Rani (Restu Ayah)
Beto Kusyairy (Sesekali)
Michael Ang (Titi Kayu)

Pelakon Wanita Terbaik Drama

Nabila Huda (Dia Tidak Berdosa)
Mimi Lana (Neraka Kasih Maisarah)
Sherie Merlis (Terima Kasih Ibu)
Sweet Qismina (Wakaf Dosa)

Pengarah Terbaik Drama

Wan Afzam Wan Daud (Di Sisi)
Hisyamudin Ahmad (Lalang)
Hisyamudin Ahmad (Sesekali)
Wan Afzam Wan Daud (Telingkah)
Raja Mukhriz (Titi Kayu)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem

Dr. Rosdeen Suboh (One Two Jaga)
Joey Daud (Tiada Tajuk)
Shaheizy Sam (Polis Evo 2)
Dato Awie (Hantu Kak Limah)
Along Cham (Tiada Tajuk)

Pelakon Wanita Terbaik Filem

Diana Danielle (Gol & Gincu Vol 2)
Ummi Nazeera (Gol & Gincu Vol 2)
Maya Karin (Munafik 2)
Marsha Milan (7ujuh)
Delimawati (Hantu Kak Limah)

Pengarah Terbaik Filem

Mamat Khalid (Hantu Kak Limah)
Adrian Teh (Paskal)
Namron (One Two Jaga)
Joel Soh & Andre Chiew (Polis Evo 2)
Umie Salwana Omar (Gol & Gincu Vol 2)

Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu)

Kamar Kamariah (Suhan Movies & Trading)
Aku Yang Kau Tinggalkan (Global Station)
Nur 2 (Radius One)
Pia (JS Pictures)
Sara Kirana (Suhan Movies & Trading)

Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina)

Sweet Delicacy (The Rock Productions)
My Sensei Nyonya (Mediacorporation Studios)
Supe Mischievous MIL (Double Vision)
The Promise (Mad Pictures)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian

Dato Fizz Fairuz (Kamar Kamariah)
Azhan Rani (Nur 2)
Alif Satar (Pia)
Kong Kar Wing (My Sensei Nyonya)
Coby Chong (Super Mischievous MIL)

Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian

Zara Zya (Pia)
Nabila Huda (Kamar Kamariah)
Amyra Rosli (Nur 2)
Angeline Tan (My Sensei Nyonya)
Pauline Tan (Sweet Delicacy)

Drama Komedi Terbaik

Budak Usin (Radius One)
Kariah Cak Pong (Tanah Beris Film Production)
Geng Van Jenazah (Cinema Stage Production)
Menantu Raya (Summit Treasure)
S.O.S (Sakit Otak Sis (Unit Drama TV RTM)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama

Ruzaidi Rahman (Di Sisi)
Husairi Hussain (Lalang)
Syukri Yahaya (Remuk)
Syafie Naswip (Sirna)
Azhan Rani (Terima Kasih Ibu)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama

Amyza Anan (Batik Zakiah)
Wan Nor Azlin (Dia Tidak Berdosa)
Laila Nasir (Neraka Kasih Maisarah)
Wan Sharmila (Remuk)
Faradhiya (Wakaf Dosa)

Lakon TV Terbaik

Amin Masyur (Di Sisi)
Lily Haslina Nasir (Sesekali)
K. Adli (Remuk)
Isma Yusoof (Sirna)
Joe Sidek & Raja Mukhriz (Titi Kayu)

Lakon Layar Terbaik

Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq (One Two Jaga)
Adrian Teh & Anwari Ashraf (Paskal)
Joel Soh, Anwari Ashraf & Kyie Goonting (Polis Evo 2)
Mamat Khalid (Hantu Kak Limah)
Mawi & Che Mie (Tiada Tajuk)

Rancangan Realiti Terbaik

The Z Power
Bintang Bersama Bintang Musim 3
Dai'
Top Student

Rancangan Majalah Terbaik

Sahabat Backpackers
Suara Konsumer
Jejak Rasul 2019
999 (Episod Khas)
Ketuk-Ketuk Ramadan

Videografi Drama Terbaik

Junaimeramfizal Rahmat (Telingkah)
Muhammad Syifarulnizam Zuraimi (Lalang)
Junaimeramfizal Rahmat (Di Sisi)
Mohd Darwin Adly (Sirna)
Abdul Malek Marwi (Titi Kayu)

Penyunting Drama Terbaik

Izar Masuri (Di Sisi)
Hasnita Ssamat (Remuk)
Mohd Iskandar Abdul Razak (Neraka Kasih Maisrah)
Muhammad Adilan Azemi (Sirna)
Rohaizad Ramli (Wakaf Dosa)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem

Zahiril Adzim (One Two Jaga)
Hasnul Rahmat (Polis Evo 2)
Amerul Affendi (One Two Jaga)
Ammar Alfian (Paskal)
Nasir Bilal Khan (Munafik 2)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem

Siti Saleha (7ujuh)
Vanidah Imran (One Two Jaga)
Sharifah Amani (Gol & Gincu Vol. 2)
Cristina Suzanne (7ujuh)
Nor Zara Sophia (Munafik 2)

Senarai Pemenang 7 Kategori Bukan Drama dan Teknikal :

1. Rekabentuk Set Terbaik - Anugerah Skrin 2018
2. Montaj Terbaik - Halaqah 2019
3. Rancangan Dokumentari Terbaik - Majalah 3 (Pertabalan Yang Dipertuan Agong Yang Ke-16)
4. Rancangan Bual Bicara Terbaik - Feel Good Show (Deepavali)
5. Laporan Khas Berita Terbaik - Buletin Utama (Aduan Rakyat 'Kampung Sampah')
6. Rancangan Hiburan Terbaik - RTM Konsert Minggu Ini: Ratu 2.0
7. Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Juara Lagu 33

shares
Enable Notifications    Ok No thanks