Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“One The Woman” Cipta Rekod Peribadi, “Yumi’s Cells” Catat Peningkatan Rating


Slot hari Sabtu menyaksikan pertarungan sengit antara drama-drama popular!

Drama SBS One the Woman antara drama yang terus menunjukkan prestasi baik pada minggu ini. Pada 1 Oktober, drama lakonan Honey Lee dan Lee Sang Yoon telah berjaya mencipta rekod peribadi apabila episod kelima drama tersebut mencatatkan purata rating 13.4 peratus.

Episod keenam One the Woman, yang keudara pada 2 Oktober, menyaksikan sedikit penurunan dengan purata rating 13.0 peratus. Bagaimanapun, ia masih mengekalkan kedudukan pertama sebagai minisiri yang ramai penonton pada slot malam Sabtu. 

Sementara itu, drama pengintipan MBC lakonan Namgoong Min, The Veil, turut menunjukkan prestasi baik pada episod kelima (1 Oktober) dengan rating 9.4 peratus, peningkatan mendadak berbanding episod keempat yang ditayangkan pada 25 September. Untuk episod keenam, yang ditayangkan pada 2 Oktober, The Veil mencatatkan penurunan ke tahap 8.6 peratus.

One The Woman dan The Veil boleh ditonton di Astro menerusi ONE (Saluran 393 HD) dan Oh!K (Saluran 394 HD). 


Rating drama romantik komedi Yumi’s Cells kekal ditahap dua peratus dengan episod kelima mencatatkan purata rating 2.036 peratus dan episod keenam 2.384 peratus. Drama romantik komedi lakonan Kim Go Eun dan Ahn Bo Hyun itu terus mengekalkan kedudukan pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel di antara demografi utama penonton berusia 20 hingga 49 tahun.

Yumi’s Cells boleh di strim di iQiyi. 

Sumber: Soompi


Related posts

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton

Kakimuvee

Drama Terbaru SBS “The Escape of the Seven” Bermula Baik Pada Episod Pembukaan

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Filem Seram Korea ‘SLEEP’ Akan Ditayangkan Di Pawagam Pada 14 September Ini

Kakimuvee

MOVING Pecah Rekod, Jadi K-Drama Paling Ramai Penonton Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

MASK GIRL Duduki No. 1 Carta Netflix Untuk Rancangan Bukan Bahasa Inggeris

Kakimuvee