
Dengan hanya tinggal lima episod sahaja lagi sebelum mencecah episod ke-1000, Toe Animation telah melancarkan visual terbaru One Piece sempena meraikan hari bersejarah siri anime tersebut.
Visual terbaru itu menyoroti Battle of Onigashima, dan menampilkan banyak watak dari siri ini yang siap bertentangan antara satu sama lain. Manga One Piece baru-baru ini telah mencipta sejarah dengan menerbitkan 1000 bab dan 100 jilid, dan siri televisyen semakin hampir mencipta sejarah yang sama. Anda boleh lihat visual terbaru dibawah:
Visual ini adalah projek terbaru One Piece 1000 Logs, iaitu sambutan untuk meraikan pencapaian siri ini. Ia merangkumi barang dagangan eksklusif, tinjauan populariti global, filem pendek aksi langsung, dan banyak lagi.