Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

One Piece: Aktor British Peter Gadiot Dipilih Untuk Bawa Watak Shanks


Netflix secara rasmi telah menyenaraikan pelakon British Peter Gadiot (Yellowjackets) untuk menyertai barisan pelakon siri aksi-langsung One Piece yang diketuai Iñaki Godoy.

Gadiot akan memainkan watak kapten legenda kru lanun berambut merah bernama Shanks, yang juga dikenali sebagai salah seorang daripada Empat Maharaja Dunia Baru. Dalam manga dan anime asal, Shank menjadi role-model kepada Luffy sewaktu muda.  

Siri One Piece Netflix akan diketuai oleh Iñaki Godoy sebagai Luffy, Mackenyu sebagai Rorona Zoro, Emily Rudd sebagai Nami, Jacob Romero Gibson sebagai Usopp, dan Taz Skylar sebagai Sanji. Pelakon tambahan termasuk Morgan Davies sebagai Koby, Ilia Isorelýs Paulino sebagai Alvida, Aidan Scott sebagai Helmeppo, Jeff Ward sebagai Buggy, McKinley Belcher III sebagai Arlong, dan Vincent Regan sebagai Garp.

Siri ini akan ditulis oleh Steven Maeda (The X-Files), yang juga akan bertindak sebagai showrunner dan penerbit eksekutif, bersama dengan penulis Matt Owens (Agents of SHIELD) yang juga penerbit eksekutif. Mereka disertai oleh Marty Adelstein dan Becky Clements dari Tomorrow Studios (Snowpiercer, Cowboy Bebop), yang juga akan menerbitkan siri ini bersama pengarang manga asal Eiichiro Oda.

One Piece berdasarkan manga ikonik Jepun karya Oda dengan nama yang sama yang mengikuti kisah Monkey D. Luffy, ketua kru lanun, Straw Hat Pirates, yang mendapat kuasa untuk mengubah tubuhnya menjadi getah selepas makan “Buah Iblis,” dan meneroka dunia luar biasa pulau-pulau eksotik dan lautan luas untuk mencari khazanah legenda yang dikenali sebagai “One Piece” untuk menjadi Raja Lanun seterusnya.



Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee