Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Olivia Wilde Ketuai Pembikinan Filem Marvel Rahsia Untuk Sony Pictures

Selepas mencipta nama menerusi filem komedi terkenal berjudul Booksmart, Olive Wilde menjadi antara pengarah yang paling dicari-cari di Hollywood. Kini, Deadline melaporkan bahawa dia telah menandatangani kontrak dengan Sony Pictures untuk menghasilkan sebuah filem Marvel rahsia yang dipimpin watak utama wanita.

Walaupun tiada butiran lanjut mengenai filem atau karakter untuk projek terbaru itu, sumber melaporkan filem tersebut mungkin akan berkisarkan tentang ‘Spider-Woman’. Setakat ini, ia masih dianggap spekulasi, dan pihak Sony masih belum mengeluarkan sebarang komen. 

Prospek untuk menghasilkan filem superhero wanita telah mendorong Wilde untuk menandatangani kontrak bersama Sony Pictures. 

Ini merupakan filem Marvel kedua Sony yang berpusat pada karakter wanita. Awal tahun ini, pihak studio telah memancing S.J. Clarkson (Game of Thrones) untuk membangun dan mengarahkan filem yang dipercayai berkisar tentang Madame Webb. 

Wilde menjadi pengarah wanita terbaru yang mengetuai projek adaptasi buku komik. Bulan lalu, Nia DaCosta telah dipilih untuk mengarahkan Captain Marvel 2 untuk Marvel Cinematic Universe, manakala Patty Jenkins telah menghasilkan dua filem Wonder Woman, Cathy Yan menghasilkan Birds of Prey dan Chloe Zhao menghasilkan The Eternals untuk Marvel Studios. 

Lakonlayar akan ditulis oleh Wilde sendiri manakala rakannya dari filem Booksmart, Katie Silberman akan bertindak sebagai penerbit bersama-sama Amy Pascal. 

Wilde kini dalam proses penggambaran filem psikologikal thriller berjudul Don’t Worry Darling untuk New Line dan dibintangi Florence Pugh (Midsommar), Chris Pine (Wonder Woman 1984), Shia LaBeouf (The Tax Collector) dan Dakota Johnson (The High Note).

 

 

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment