Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Olga Kurylenko Positif Covid-19, Agensi Yoo Yeon Seok Jelaskan Situasi Semasa Kepada Peminat

Produksi filem Matin Calme (Calm Morning), kerjasama Korea-Perancis dikejutkan dengan berita mengenai aktres Olga Kurylenko yang disahkan positif COVID-19. Sehubungan itu, agensi yang mewakili pelakon Yoo Yeon Seok (Hospital Playlist) telah memberikan kemaskini mengenai status filem tersebut kepada peminat.

“Setelah mendengar Olga Kurylenko diuji positif  COVID-19, kami cuba menghubungi syarikat produksi Perancis untuk pengesahan, tetapi kami tidak dapat menghubungi mereka. Penggambaran filem belum bermula, jadi [Yoo Yeon Seok] belum lagi memulakan penggambaran dengan aktres tersebut”


Awal hari ini, Olga Kurylenko secara peribadi mendedahkan bahawa dia diuji positif untuk COVID-19 melalui Instagram. Dia menulis, “Berada rumah selepas diuji positif untuk coronavirus. Saya sebenarnya telah sakit selama hampir seminggu. Demam dan keletihan adalah simptom utama saya. Sila berhati-hati dan ambil serius tentang pekara ini. “

Matin Calme dibintangi Olga Kurylenko dan Yoo Yeon Seok, dan dijangka menjalani penggambaran April ini di Korea. Namun, dengan perkembangan terbaru menyaksikan perubahan jadual penggambaran mungkin akan berlaku.

Yoo Yeon Seok kini muncul dalam drama terbaru berjudul Hospital Playlist.

Sumber: Soompi

Related posts

Saksikan Rompakan Yang Tidak Pernah Anda Lihat Dalam Teaser Terbaru “Money Heist: Korea – Joint Economic Area”

Zulaikha

Drama Romantik Supernatural “Kiss Sixth Sense” Akan Tiba Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar 25 Mei Ini

Zulaikha

Trailer “KKN di Desa Penari” Goda Kisah Urban Legend Di Indonesia

Kakimuvee

SBS Sahkah Tarikh Tayangan K-Drama Terbaru “Today’s Webtoon”

Zulaikha

6 Sebab Kenapa The Sound of Magic Akan Memukau Anda

Zulaikha

7 K-Drama Fantasi Netflix Yang Akan Membuatkan Anda Terpesona.

Zulaikha

Leave a Comment