Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ola Bola Tersenarai Top 26 di Festival Filem Antarabangsa Silk Road (SRIFF) 2016

olabolabanner_thumbnailFilem fenomena, Ola Bola arahan Chiu Keng Guan terus melakar kejayaan membanggakan apabila menjadi satu-satunya filem dari Asia Tenggara tersenarai dalam Top 26 di Festival Filem Antarabangsa Silk Road (SRIFF) 2016 di Xian, China.

Karya berkenaan lolos selepas melepasi empat saringan daripada 676 filem seluruh dunia yang dicalonkan sebelum dipertandingkan di festival filem berprestij itu.

Menurut pelakon utamanya, Luqman Hafidz yang mewakili Ola Bola selain pengarah serta rakan pelakon Marianne Tan ke Xian, pencapaian itu nyata di luar jangkaan.

“Memang tidak sangka Ola Bola berjaya lolos dan menjadi filem tunggal dari Asia Tenggara tersenarai dalam top 26.

“Berada dalam kelompok 26 terbaik pun sudah cukup bersyukur dan sebenarnya tidak menaruh harapan tinggi untuk sebarang anugerah di festival ini,” katanya kepada Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp.

SRIFF edisi ketiga berkenaan berlangsung sejak 19 September lalu sehingga hari ini. Selain Malaysia, SRIFF 2016 berjaya menarik penyertaan dari 35 negara seluruh dunia termasuk China, Rusia, Jepun, Jerman, dan Korea Selatan.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment