You are here Home » Oktober Bakal Menyajikan Filem-Filem Menarik Buat Anda Semua

Oktober Bakal Menyajikan Filem-Filem Menarik Buat Anda Semua

Sudah bangun dari tidur yang panjang di bulan September? jangan risau bulan Oktober tidak akan memberi tragedi kepada anda. Bulan ini menyaksikan banyak filem-filem menarik buat anda semua. Dari Joker, mengangjak ke Maleficent: Mistress of Evil sehinggalah Terminator: Dark Fate, dijamin akan memberi kepuasan tidak terhingga kepada anda.

Selain itu juga, bulan ini boleh dikatakan agak menarik kerana banyak karya-karya tempatan berentap di panggung wayang. Kita memiliki satu filem aksi komedi menerusi filem Hero: Jangan Bikin Panas, sebuah filem pencak silat yang pasti memukaukan mata iaitu Geran dan tiga filem seram yang terdiri daripada Kolong, Anak Perjanjian Syaitan dan Pusaka. Ok saya sudah bagitau bukan? tiada alasan kenapa anda tidak tahu, “bukan abang tak payung ya!”

Disini kami di Kakimuvee senaraikan 22 filem tempatan dan luar negara yang menarik untuk anda saksikan pada bulan Oktober ini.

1. Joker

18 | Jenayah / Drama | 3 Oktober 2019

Joker akan berlatarbelakangkan bandar Gotham pada era 80an, dimana ia mengisahkan tentang seorang “stand-up comedy” yang gagal yang berubah menjadi penjenayah dan kekacauan di bandar Gotham, secara perlahan-lahan menjadi legenda yang sangat menakutkan.

Joaquin Phoenix akan memainkan peranan sebagai Arthur Fleck, seorang pelawak yang akhir akan bertukar kepada penjahat paling terkenal dalam dunia komik DC iaitu Joker. Turut membintangi filem ini adalah Robert De Niro, Zazie Beetz dan juga Marc Maron.

Klik sini untuk membaca review Joker

2. City Hunter: Shinjuku Private Eyes

PG13 | Anime | 3 Oktober 2019

Detektif persendirian Ryo Saeba diupah untuk melindungi Ai Shindo, yang merupakan anak kepada seorang saintis yang telah terbunuh dalam satu kemalangan yang meragukan. Ryo perlu berdepan sekumpulan pembunuh upahan yang dihantar oleh Shinji Mikuni. Shinji memiliki syarikat teknologi yang secara rahsia membangunkan dron gred ketenteraan, yang mana bapa Ai membantu menciptanya dan kini Shinji perlukan bantuan Ai untuk menggunakan ciptaan bapa Ai.

3. The Sound Of Silence

PG13 | Drama | 3 Oktober 2019

Peter Lucian adalah seorang pakar bunyi di New York yang dikenali sebagai `house tuner`. Dengan kepakarannya, Peter cuba mengenal pasti bunyi-bunyi asing yang menyebabkan berlakunya depresi, perasaan bimbang dan tekanan kepada orang ramai. Dia kemudian bertemu dengan seorang pelanggan, Ellen, dengan satu masalah yang dia gagal untuk selesaikan. Semakin dia cuba membantu, semakin Ellen sangsi akan kepakarannya.

4. The Captain

PG13 | Drama | 3 Oktober 2019

Diarahkan oleh Andrew Lau, The Captain berkisarkan tentang salah satu pendaratan cemas yang paling ajaib dalam sejarah kontemporari penerbangan China. Ia berlaku pada 2018, apabila cermin hadapan kokpit sebuah kapal terbang pecah semasa penerbangan. Juruterbang Kapten Liu Chuanjian perlu memastikan keselamatan lebih 100 orang penumpang dan kru dalam kapal terbang tersebut.

5. Hero: Jangan Bikin Panas

PG13 | Aksi / Komedi | 3 Oktober 2019

Seorang anggota bomba, Zafrul, nekad untuk mencari kebenaran dan keadilan bagi mangsa-mangsa tragedi kebakaran yang berlaku di sebuah sekolah Tahfiz beberapa tahun lalu. Dia bertemu dengan dua orang anggota baru, Ahmad Mustar dan Adam Fanifinali, yang cuba mencari kerja di Kuala Lumpur. Mereka yang disertai oleh dua orang anggota wanita, Amylia dan Suraya, cuba menyiasat aktiviti penjualan tanah secara haram yang dilakukan oleh kumpulan kongsi gelap antarabangsa. Mereka kemudiannya mendapat tahu kumpulan itu juga terlibat dengan tragedi kebakaran sekolah Tahfiz tersebut.

BACA:  Siapakah Mysterio & Adakah Dia Superhero Dalam Filem Spider-Man: Far From Home?

Klik sini untuk membaca review Hero Jangan Bikin Panas

6. Dua Garis Biru

PG13 | Romantik / Drama | 3 Oktober 2019

Dara dan Bima merupakan sepasang kekasih bersekolah tinggi yang berusia 17 tahun. Namun kegembiraan mereka terhenti seketika apabila mereka terlanjur dan Dara disahkan hamil anak luar nikah. Bima kemudiannya bersetuju untuk bertanggungjawab terhadap Dara. Kini mereka perlu berdepan cabaran sebagai pasangan ibu bapa muda.

7. Gemini Man

N/A | Aksi Sains Fiksyen | 10 Oktober 2019

Gemini Man mengisahkan tentang Henry Brogen, seorang pembunuh upahan yang sudah tua dan ingin bersara dari kerjayanya. Bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila dia terpaksa berdepan dengan klon dirinya lebih muda, iaitu Junior yang boleh membaca setiap pergerakannya. Brogen kini perlu membongkar kebenaran disebalik penciptaan Junior dan masa yang sama, menyelamatkan dirinya yang masih muda itu dari mengikuti jejak langkahnya yang kelam.

8. Mary

N/A | Seram | 10 Oktober 2019

Demi mengubah kehidupan keluarganya menjadi lebih baik, seorang kapten kapal, David, telah membeli sebuah bot terbiar yang dilelong tanpa menyiasat latar belakangnya terlebih dahulu. Akibatnya, David dan keluarganya berdepan pelbagai kejadian aneh dan menakutkan setelah mereka memulakan pelayaran. Setelah semakin jauh perjalanan di laut, mereka menyedari mereka bakal bertemu kuasa jahat yang lebih kuat di tengah lautan.

9. Geran

N/A | Aksi Drama | 10 Oktober 2019

Sebuah keluarga petani diasak dan diugut oleh seorang lintah darat yang berpengaruh supaya menggadaikan tanah mereka namun, keluarga yang ditunjangi oleh anak sulung berani dan gagah ini terus bangkit melawan demi maruah keluarga.

10. Lootcase

N/A | Komedi | 11 Oktober 2019

Nandan Kumar menjumpai satu beg yang penuh dengan wang tunai. Bagaimanapun, dia tidak tahu siapakah pemiliknya, dari mana ia datang dan bagaimana ia berada di situ. Buntu dengan penemuannya itu, kini dia perlu mencari jalan penyelesaian sama ada untuk menyimpan atau membiarkan sahaja beg itu.

11. Maleficent: Mistress Of Evil

PG13 | Fantasi Penggembaraan | 17 Oktober 2019

Filem ini adalah sekuel yang berlatar belakangkan selepas beberapa tahun sejak filem pertama “Maleficent” pada tahun 2014. Ia terus meneroka hubungan rumit di antara pari-pari bertanduk itu dan Puteri Aurora, yang bakal menjadi ratu. Dalam pergelutan mereka untuk melindungi kawasan mereka dan makhluk ajaib di sana, muncul musuh baru.

12. Sadako

N/A | Seram | 17 Oktober 2019

Mayu Akigawa adalah seorang kaunselor psikologi yang perlu menjaga seorang budak perempuan yang hilang ingatan. Budak perempuan misteri itu berada di bawah kawalan polis walaupun ramai yang tidak mengetahui sebabnya. Sementara itu, adik lelaki Mayu iaitu Kazuma merupakan seorang YouTuber yang cuba menghidupkan sumpahan Sadako.

BACA:  10 Karakter Yang Tiada Dalam Trailer Rasmi Avengers: Infinity War

13. The Climbers

PG13 | Penggembaraan Drama | 17 Oktober 2019

Diinspirasikan dari kisah benar ekspidisi para pendaki Cina Wang Fuzhou, Gonpo dan Qu Yinhhua. Pada tahun 1960, mereka telah mencipta sejarah apabila menjadi kumpulan Cina pertama yang berjaya mendaki laluan Rabung Utara Gunung Everest yang berbahaya. Dalam perjalanan turun dari gunung itu, yang mana hanya mereka hanya lakukan selepas mereka meletakkan sebuah patung kecil Pengerusi Mao di puncaknya, mereka berhenti di tengah perjalanan untuk menyelamatkan ahli keempat kumpulan mereka yang tidak mampu meneruskan pendakian tersebut.

14. Kolong

PG13 | Seram | 17 Oktober 2019

Hasrat Suri untuk menjadi seorang pelakon tidak kesampaian selepas wangnya dilarikan seorang ejen pelancongan. Dia kemudiannya berdepan masalah apabila menjadi buruan samseng yang ingin menuntut semula wang yang dipinjamnya. Hasratnya untuk mengambil geran tanah ibunya di kampung halaman dihalang oleh adiknya. Sebagai ganti, adik dan rakannya memberitahu bahawa terdapat sebuah banglo milik seorang lelaki buta yang memerlukan pembantu rumah. Namun, rumah itu dikatakan dihantui oleh roh isteri lelaki tersebut. Memikirkan bayaran yang tinggi dan berbekalkan pengalaman menjaga ibunya yang buta, Suri bersetuju untuk bekerja di rumah tersebut.

15. Ajari Aku Islam

PG13 | Drama | 17 Oktober 2019

Seorang lelaki Medan berketurunan Cina, Kenny, jatuh hati kepada Fidya, gadis berketurunan Batak Melayu yang beragama Islam. Namun hubungan percintaan mereka dilanda pelbagai ujian serta tidak direstui oleh ibu bapa kedua-dua belah pihak kerana latar belakang mereka yang berbeza. Dalam pada itu, Kenny juga dipaksa untuk berkahwin dengan bekas tunangnya, Chelsea Tan. Situasi menjadi lebih rumit apabila kembalinya Fahri, kekasih lama Fidya yang baru menamatkan pelajaran di Turkey.

16. Kamen Rider Zi-O Over Quartzer

PG13 | Aksi | 19 Oktober 2019

Sougo Tokiwa dan rakan-rakannya telah pergi ke abad ke-16 Jepun semasa pertempuran legenda diantara Oda Nobunaga dan Takeda Katsuyori. Sebelum ianya berlaku, mereka telah didatangi Go Shijima dan Krim Steinbelt yang meminta menyelamatkan moyang mereka daripada dibunuh oleh sekelompok ahli perentas masa yang dikenali sebagai “Quartzers”. Kelompok jahat itu cuba untuk memusnahkan Kamen Rider Drive dari sejarah. Apabila Woz mendedahkan dirinya sebagai anggota Quartzers, kebenaran di disebalik Oma Zi-O akhirnya didedahkan.

17. Terminator: Dark Fate

18 | Aksi Sains Fiksyen | 24 Oktober 2019

7 tahun selepas kejadian Terminator 2: Judgement Day, sebuah Terminator (Gabriel Luna) yang sangat maju telah dihantar ke masa lampau oleh Skynet untuk menghapuskan Dani Ramos (Natalia Reyes), yang merupakan manusia cyborg dan rakannya. Sarah Connor datang untuk membantu mereka, berserta Terminator asal, dan mereka berjuang untuk masa depan.

18. Anak Perjanjian Syaitan

PG13 | Seram | 24 Oktober 2019

Zaidi adalah seorang guru, yang mana ibunya seorang janda kaya yang inginkan cucu sendiri dan sering memberi tekanan kepadanya untuk berkahwin lagi kerana dia dan isterinya, Azlinda, tidak mempunyai zuriat walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga. Azlina sering dicemuh oleh ibu mertuanya kerana perkara itu. Penat dengan bebelan ibunya, Zaidi meminta untuk bertukar tempat kerja dan rupa-rupanya tempat itu adalah kampung kelahiran arwah bapanya. Pasangan itu tinggal di sebuah rumah milik nenek Zaidi yang terletak di sebuah kawasan terpencil. Rumah menakutkan itu tidak diduduki selama lima tahun dan hanya dijaga oleh seorang pekebun bernama Pak Man.

BACA:  Alternate Version Kostum Star-Lord Dan Nova Corps

19. Zombieland: Double Tap

PG13 | Komedi /Seram | 31 Oktober 2019

Sekuel kali ini menyaksikan Columbus, Tallahasse, Wichita dan Little Rock bergerak ke lokasi-lokasi penting di Amerika dan terpaksa menentang zombi yang semakin berkembang. Dalam masa yang sama mereka perlu berhadapan dengan kerenah masing-masing.

20. Pusaka

NA | Seram | 31 Oktober 2019

Balqis dan Qistina merupakan sepasang adik beradik kembar perempuan yang ditemui oleh Inspektor Nuar dalam sebuah rumah kosong, yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri. Bagaimanapun, selepas penemuan itu, pegawai polis yang cekap itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.

21. Perempuan Tanah Jahanam

NA | Seram | 31 Oktober 2019

Setelah selamat dari pembunuhan di kota, Maya, seorang wanita muda yang sedang mengalami nasib buruk, mengetahui bahwa ia telah mewarisi sebuah rumah di desa keluarganya.

Dengan temannya Dini, Maya kembali ke desa kelahirannya, tidak menyedari bahwa masyarakat desa tersebut sedang berusaha mencari dan membunuhnya untuk menghilangkan sumpahan yang telah melanda desa tersebut selama bertahun-tahun. Maya mulai menemukan kenyataan yang sukar tentang masa lalunya dan dirinya harus berjuang demi nyawanya.

22. The Addams Family

PG13 | Animasi | 31 Oktober 2019

The Addams Family mengisahkan tentang Keluarga Addams yang sedang dalam persiapan menyambut kedatangan saudara mereka untuk sambutan besar-besaran tetapi pada masa yang sama, mereka perlu berdepan dengan seorang hos rancangan realiti TV yang tamak.

Sumber: Cinema Online / MyAnimeList / Wikipedia / ComingSoon.net / geranthemoive.com / Kakimuvee

Loading...