Siri TV paling popular AMC, The Walking Dead telah mengeluarkan trailer terbaru mereka semasa di konvensyen Comic Con yang berlangsung baru-baru ini. Siri zombi berkenaan kini sudah memasuki musim kelapan dan akan mula ditayangkan di siaran tv berbayar tidak lama lagi.
Sejak dimuatnaik ke laman Youtube, trailerĀ The Walking DeadĀ musim kelapan iniĀ telah ditonton jutaan pelayar Youtube dan ramai menyatakan tidak sabar untuk menonton musim terbaru ini dan melihat bagaimana Rick dan sekutunya iaitu kumpulan Kingdom dan Hilltop berhadapan dengan Negan serta kumpulan Saviors yang menjadi musuh mereka untuk survive dalam dunia yang dipenuhi oleh Zombi.
Kepada peminatĀ The Walking Dead nantikan kemunculan episode pertama musim ke-lapan pada 22 Oktober ini.
Trailer The Walking Dead