Tarikh Tayangan: 04 Ogos 2017
Genre: science fantasy action horror
Pengarah: Nikolaj Arcel
Penulis Skrip: Akiva Goldsman
Pelakon: Idris Elba. Tim Taylor dan Matthew McConaughey
Syarikat Produksi: Weed Road Pictures, Imagine Entertainment
Edaran: Columbia Pictures
Plot & Details
The Dark Tower adalah filem yang diadapatsikan dari salah satu Novelis terkenal Stephen King yang berjudul sama. Bagaimanapun, The Dark Tower bukanlah adaptasi sepenuhnya sepertimana filem-filem adaptasi novel yang lain. Ia adalah sebuah filem hasil kombinasi dua novel berlainan yang bertajuk The Gunslinger dan The Waste Lands. Malah sedikit plot dan details dari novel The Wind Through the Keyhole dan The Dark Tower, iaitu novel terakhir siri ini diambil dan dimasukkan kedalam plot film ini.
Filem ini mengisahkan Jake Chamber (Lakonan Tom Taylor) yang merupakan kanak-kanak berusia 11 tahun yang menjumpai jalan untuk ke dimensi lain yang dikenali sebagai Mid-World. Disebabkan rasa ingin tahu, Jake Chamber telah pergi ke dimensi tersebut dan terjumpa seorang lelaku yang bernama Roland Deschain (Gunslinger) lakonan Idris Elba. Roland dalam perjalanan ke “Dark Tower” yang terletak di End-World dan berharap dapat sampai ke “Nexus Point” iaitu tempat dimana ruang dan masa bertemu. Tujuannya menuju ketempat tersebut adalah untuk menyelamatkan semua kehidupan dunia yang diambang kepupusan.

Idris Elba
Namun dalam perjalanan mereka berdua kesana, Jack dan Roland terpaksa berhadapan dengan raksasa dan ahli sihir kejam yang dikenali sebagai Walter Padick (Lakonan Matthew McConaughey).
The Dark Tower akan menemui penonton pada 4 Ogos 2017 ini