Slot Asia

OCN Dedahkan Dua Poster Terbaru Drama Sci-Fi Aksi "RUGAL"

Views

OCN telah melancarkan dua poster terbaru drama aksi sains fiksyen terbaru mereka berjudul Rugal. Anda boleh saksikan poster-poster tersebut dibawah.

Berdasarkan dari webtoon berjudul sama, Rugal dibintangi Choi Jin Hyuk sebagai Kang Ki Bum, detektif elit yang berusaha untuk menjatuhkan organiasai jenayah yang dikenali sebagai Argos. Dalam usahanya itu, dia menjadi sasaran penjenayah disebalik organisasi tersebut. Dia bukan sahaja kehilangan isteri dan kedua matanya, malah dituduh sebagai pembunuh.

Setelah menyertai sebuah organisasi bernama Rugal, yang telah mengumpulkan pasukan "senjata manusia" dengan kuasa-kuasa khas yang dibuat melalui bioteknologi, Kang Ki Bum menerima satu set mata tiruan dan menetapkan usaha untuk menghapuskan Argos sekaligus.

Rugal turut dibintangi Park Sung-Woong sebagai Hwang Deuk-Koo, Jo Dong-Hyuk sebagai Han Tae-Woong, Jung Hye-In sebagai Song Mi-Na, Han Ji-Wan sebagai Choi Ye-Won, Kim Min-Sang sebagai Choi Geun-Cheol, Park Sun-Ho sebagai Lee Gwang-Cheol, Yoo Sang-Hoon sebagai Min Dal-Ho dan Kim Da-Hyun sebagai Seol Min-Joon

Drama terbaru OCN ini akan keudara pada 16 Mac ini.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks