Slot Asia

OCN Dedah Tarikh Tayangan Drama Search, Saksikan Poster Terbaru Disini

Views

OCN telah mengumumkan tarikh tayangan drama Search dan mendedahkan poster terbaru yang menampilkan para pelakonnya. 

Dibintangi Jang Dong Yoon dan Krystal, Search adalah drama misteri thriller tentang pasukan pencari yang cuba membongkar kebenaran disebalik kehilangan dan pembunuhan misteri yang berlaku di Kawasan Bebas Tentera Korea (DMZ)

pada 14 September, OCN telah memberikan pandangan terbaru lima karakter yang menjadi sebahagian daripada pasukan tentera yang kuat. Poster terbaru ini menggambarakan pemikiran watak-watak yang menghadapi ketakutan yang tidak pernah dilihat oleh siapa pun."

Di tengah suasana DMZ yang tegang, watak-watak itu menujukkan ekspresi yang berbeza di wajah mereka ketika bersiap untuk bertemu dengan musuh yang tidak diketahui.

Sarjan Yong Dong Jin (Jang Dong Yoon), yang hampir selesai dengan tugas wajib ketenteraannya, menghadapi saat-saat kebingungan yang tidak dijangka semasa misi khas di mana dia ditugaskan menjelang tarikh penamatannya. Dengan pengalaman yang mengagumkan sebagai "pejuang" terbaik dalam Batalion Peninjau Berperisai , Yong Dong Jin akan bekerjasama dengan anjing penjejaknya dalam cerita yang akan datang.

Son Ye Rim (Krystal), seorang leftenan yang sangat pintar dan berkebolehan. Dia menyertai pasukan penyiasat sebagai pegawai khas.

Moon Jung Hee berperanan sebagai Kim Da Jung, seorang askar simpanan yang pernah menjadi ketua pasukan pasukan khas yang bertanggungjawab dalam menangani terorisme dan kini bekerja sebagai pemandu pelancong di Dewan Peringatan DMZ. Sementara itu, Song Min Kyu (Yoon Park) adalah seorang pegawai elit yang menjadi pemimpin pasukan pencari.

Seach akan memulakan episod pertama pada 17 Oktober ini jam 10.30 malam waktu tempatan, menggantikan slot Missing: The Other Side.

Sumber: Soompi

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks