Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ocean’s Eight, Spinoff Trilogy Ocean’s Eleven

oceans-eight-actrees-752x440

Kejayaan tiga filem trilogy Ocean’s Eleven telah mendorong Warner Bros untuk menghasilkan sebuah filem spinoff berdasarkan dari filem berkenaan. Filem yang dimaksudkan ialah Ocean’s Eight.

Jika sebelum ini Ocean’s Eleven menampilkan lelaki sebagai watak utama, tapi kali ini Ocean’s Eight menampilkan wanita sebagai teraju utama.

Reputasi sebagai filem box office telah berjaya menambat beberapa barisan pelakon-pelakon kelas A Hollywood seperti Sandra Bullock, Cate Blanchett, Anne Hathaway dan Rhiana untuk membintangi filem ini.

Timeline Ocean’s Eight ini dibuat sezaman dengan Ocean’s Eleven dengan Sandra Bullock dijangka akan membawa watak waris kepada Danny Ocean lakonan George Clooney.

Memandangkan iaĀ masih dalam peringkat produksi, peminat filem crime thriller ini tertanya-tanya samada terdapat watak asal akan turut serta dalam penghasilkan filem ini.

ocean-11

Setakat yang diketahui, hanya Matt Damon akan turut serta menyertai kumpulan wanita ini. Matt Damon bakal membawakan wataknya iaitu Linus Caldwell, anak kepada ketua FBI dan Interpool dan pakar dalam bidang penyamaran. Namun, penglibatannya dalam filem ini mungkin sebagai watak cameoĀ ataupun sebagai pelakon tambahan sahaja.

Jika beberapa ahli Danny seperti Ross (Brad Pitt) atau mungkin Danny turut bersama dalam filem ini, ia akan kelihatan lebih menarik dan sekurang-kurangnya akan dapat boost populariti filem Ocean’s Eight dan mengembalikan nostalgia peminat terhadap filem asal.

Namun, pengarah filem Gary Ross mungkin mahu memberikan fokus sepenuhnya kepadaĀ pelakon-pelakon wanita ini dan tidak mahu mereka dibayangi pelakon-pelakon asal.

Ross merupakan penulis dan pengarah berbakat, dengan kebolehannya yang ada, dia mampu menghasilkan Ocean’s Eight setaraf dengan filem-filem asal.

Ocean’s Eight akan ditayangkan pada 8 Jun 2018

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment