Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Novel Stephen King,’From A Buick 8′ Diangkat Ke Layar Perak


Sebuah lagi novel karya Stephen King bakal diangkat ke layar perak apabila syarikat penerbitan Hyde Park Entertainment mengumumkan mereka bakal menghasilkan sebuah filem berjudul From A Buick 8. 

From A Buick 8 merupakan sebuah novel seram yang dihasilkan oleh Stephen King dan diterbitkan pada September 2002. Novel ini juga merupakan karya kedua Stephen King yang mengisahkan tentang kereta berhantu selepas Novel Christine.

Ia mengisahkan tentang Ned Wilcox yang telah kematian bapanya, seorang polis anggota di Pennsylvania Barat akibat kemalangan kereta. Selepas bapanya meninggal dunia, Ned pergi ke berek polis bapanya dan bakal mengentahui satu rahsia besar yang disimpan rapi oleh anggota Troop D iaitu misteri sebuah kereta 1954 Buick Roadmaster yang disimpan lebih 20 tahun di berek mereka.

Ashok Amritraj dari Hyde Park Entertainment akan menerbitkan filem ini, dengan bekas pengarah filem seram The Boy, William Brent akan mengarahkan dan menulis skrip filem ini.

Setakat ini, tarikh tayangan From A Buick 8 masih belum tidak diketahui.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Paul Greengrass Akan Mengarahkan Filem Adaptasi Novel Stephen King “Fairy Tale”

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Edgar Wright Akan Mengarah Filem Adaptasi “The Running Man”

Kakimuvee