Berita

Novel Karya Fattah Amin Akan Diadaptasikan Ke Siri TV

Views
Sumber Gambar: Berita Harian Singapura

Pelakon dan penyanyi Fattah Amin yang baru sahaja muncul dengan novel terbarunya "Wanita Terakhir", sudah mempunyai perancangan untuk mengangkat novel tersebut ke televisyen sekiranya ia mendapat sambutan daripada pembaca.

"Saya tidak mahu terlalu bercerita perkara yang masih belum pasti. Saya suka berkongsi berita gembira tetapi biarlah perkara itu sudah pasti barulah saya dedahkan semuanya.

"Novel pun baru dijual dan kami masih lagi dalam rangka mempromosikan karya itu. Masih terlalu awal untuk bercerita mengenai pelakon, pengarah mahupun penerbit. Apa yang pasti, saya akan berlakon sebagai watak utama dalam drama adaptasi novel itu," - Fattah Amin

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin bagaimanapun tidak mahu terlalu mendedahkan mengenai perkara itu kerana bimbang tidak dapat direalisasikan, namun bagaimanapun berkata sekiranya jadi, satu sidang media khas akan dibuat.

Sumber gambar: bharian.com.my

Terdahulu, Fattah telah tampil dengan buku 99 Kata-kata #qaliffmoden yang mana ia telah berjaya muncul sebagai Buku Popular di Anugerah Buku Negara 2017 walaupun buku tersebut dikritik dan dikecam hebat oleh orang ramai ketika ia dilancarkan.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan lakonannya, pelakon berusia 26 tahun itu kini sedang memberi tumpuan kepada drama terbaru lakonannya bersama Fazura berjudul "Hero Seorang Cinderella".

Selain itu, dia juga kini sedang menunggu tayangan filem terbarunya berjudul "KL Special Force" arahan Syafiq Yusof yang dijangkan ditayangkan pada tahun ini.

sumber: Harian Metro

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks