Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Novel & Filem Prekuel The Hunger Games Bakal Dihasilkan


Penulis dan pencipta trilogi novelĀ The Hunger Games,Ā Suzanne Collins telah mengumumkan novel terbaru beliau yang juga merupakan prekuel kepada trilogi itu kini sedang dihasilkan.

Menurutnya lagi, novel prekuel The Hunger Games itu dijangka akan mula diterbitkan pada 19 May tahun hadapan.

Berita terbaru itu pantas mendapat perhatian studio pembikin francaisĀ The Hunger Games,Ā Lionsgate apabila mereka juga turut mengumumkan novel terbaru karya Collins itu akan diangkat ke layar perak.

Menurut ‘bos’ Lionsgate Motion Picture Group, Joe Drake mereka akan sentiasa berhubung degan penulis novel berkenaan dan menunggu sehingga karyanya diterbitkan sebelum diadaptasikan ke bentuk filem.

ā€œAs the proud home of the Hunger Games movies, we can hardly wait for Suzanneā€™s next book to be published. Weā€™ve been communicating with her during the writing process and we look forward to continuing to work closely with her on the movie,ā€


Novel yang masih belum mempunyai tajuk itu akan berlatarbelakangkan 64 tahun sebelum kejadian trilogiĀ The Hunger Games, dimana pihak pemberontak gagal untuk menguasai Panem.

Lionsgate sebelum ini telah mengadaptasi trilogi ovel The Hunger GamesĀ kepada 4 buah filem dengan dibintangi Jennifer Lawrence yang membawakan watak utama Katniss Everdeen. Francais filemĀ The Hunger GamesĀ yang bermula pada 2012 telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak $2.968 billion dolar seluruh dunia.


Related posts

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lionsgate Umum Tarikh Tayangan Prekuel Hunger Games “Ballad of Songbirds and Snakes”

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee