Berita

NOVA Mungkin Akan Buat Penampilan Dalam Fasa 5 MCU

Views

Walaupun Nova Corps telah diperkenalkan dalam filem pertama Guardians of the Galaxy, karakter adiwira Nova tidak berpeluang untuk membuat kemunculan dalam filem arahan James Gunn itu. Malah Nova juga tidak mendapat tempat dalam mana-mana filem MCU terutamanya dari francais Guardians of the Galaxy.

Meskipun begitu, ia tidak bermakna Marvel Studios meminggirkan watak tersebut. Kevin Feige sebelum ini pernah memberitahu bahawa Nova merupakan antara karakter yang berpotensi untuk diketengahkan dalam dunia sinematik, dan mereka juga telah membuat perancangan untuk memperkenalkan Nova dalam MCU. Cuma bilakah karakter tersebut akan diperkenalkan, masih lagi tidak didedahkan pihak studios.

Kini, laporan terbaru dari MCU Cosmic mungkin memberikan sedikit berita gembira kepada para peminat Marvel yang menantikan kemunculan Nova. Berkemungkinan besar, adiwira polis angkasa itu akan membuat debutnya dalam fasa 5 MCU, bersama-sama karakter lain seperti Blade, Fantastic Four dan X-Men. 

Bagaimanapun, laporan dari laman tersebut tidak dapat mengesahkan bagaimana Nova akan diperkenalkan, adakah dalam bentuk filem seperti filem solo / crossover ataupun sebagai sebuah rancangan televisyen Disney+.

BACA:  Keputusan SAG Awards 2017

Setakat ini, satu-satunya filem Fasa 5 MCU yang memiliki tarikh tayangan adalah filem Black Panther 2 yang ditetapkan tarikh pada 6 Mei 2022. Manakala filem-filem lain seperti Guardians of the Galaxy Vol. 3 dan Captain Marvel 2 masih belum mempunyai tarikh tayangan.

Apapun, kita nantikan perkembangan lanjut mengenai Nova dimasa akan datang.

Tinggalkan Balasan

shares