Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Notis larangan ‘couple seat’ untuk bendung masalah sosial.

CKZ4R_4WsAATagV

Lotus Five Star Cinemas (LFS) mengambil langkah proaktif dalam membendung masalah sosial dengan mempamerkan larangan menggunakan kerusi berkembar atau ‘couple seat’ bagi pasangan bukan mahram yang tidak mempunyai ikatan sah pada kaki wayang di sekitar Seri Iskandar.

Arahan daripada pihak pengurusan pawagam adalah atas nasihat daripada Majlis Daerah Perak Tengah dan ianya telah pun mula berkuatkuasa sejak pawagam tersebut mula beroperasi.

Seri Iskandar mempunyai pelbagai institut pengajian tinggi dan golongan – golongan muda. Mereka sering menjadikan pawagam tersebut sebagai salah satu tempat untuk menghilangkan tekanan dan berhibur.

Langkah tersebut disokong oleh kebanyakkan pengunjung pawagam terutamanya yang sudah berkahwin dan rata-ratanya berkata ianya adalah langkah terbaik dalam usaha mengekang gejala sosial dari berleluasa di kalangan generasi muda.

Namun terdapat segelintier golongan beliau berkata ianya tidak wajar dan pengunjung wajar diberikan kebebasan dalam menilai tingkah laku dan berfikir secara matang.‎

Pawagam tersebut mempunyai 12 buah ‘couple seat’ serta tujuh bilik tayangan.

Foto oleh Harith Baharudin di laman Facebook 'Movie Addict'
Foto oleh Harith Baharudin di laman Facebook ‘Movie Addict’

Related posts

Two seasons of unscripted series Selena + Chef to debut in Asia August 12 on HBO GO

Isqandar

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

Leave a Comment