Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Noryati Taib @ Makcik Petir Positif COVID-19


Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan Makcik Petir dalam kalangan peminat drama lakonannya disahkan positif Covid-19.

Berita tersebut disampaikan anak saudaranya yang juga penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin menerusi rakaman video dimuat naiknya di Instagram ketika Noryati di rumahnya menunggu kedatangan ambulans.

“Guys. I need your favour. Makcik saya @ makcik petir, @ makcik Marry @ makcik uda Yati disahkan positif Covid-19.

“Jadi, saya  merayu pada semua peminat mak uda Yati kesayangan ramai agar mendoakan kesembuhan dia dan semoga Allah tenangkan dia.

“Saya tahu dia tengah gelisah sebab dekat hospital nanti, dia seorang sahaja, tak ada siapa dapat temankan dia.


“Doakan dia pulih dan tabah. Malah, doakan sekali agar semua pesakit Covid-19 yang lain sama ada kenal atau tidak diberikan kesembuhan yang sama,” tulisnya.

Noryati pernah membuat penampilan dalam beberapa drama seperti Sindarela, SyurgaMu Ramdan, Dotty, Tari Tirana dan beberapa drama lain.

Dia yang menetap di Johor bersana keluarganya mula berlakon dalam drama Abang Mak Panggil Balik dan kerap berlakon di dalam drama terbitan Radiusone Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Shahrulezad turut menyampaikan pesanan kepada pengikutnya di Instagram supaya menjaga diri. Katanya, Covid-19 sekarang berada di mana sahaja.

Sumber: Harian Metro


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee