
Selepas Fazura, Pelakon popular dan jelita Nora Danish kini turut bergelar penyanyi apa dia berduet dengan ari Rap, Waris dalam lagu “Ini Lagi Boom”. Nora menjelaskan bahawa lagu tersebut dihasilkan bukan kerana mahu terlibat secara serius dalam bidang nyanyian, sebaliknya hanya sekadar memeriahkan industri muzik tanah air sahaja.
“Saya tidak boleh menyanyi langsung, tapi bila pihak KRU dan Waris benar-benar yakin bahawa saya boleh melakukannya, jadi saya cuba.”
“Tapi projek ini hanya sekadar suka-suka sahaja dan saya tidak fikir untuk serius atau jadikannya sebagai kerjaya pula,” – Mstar
Tambah pelakon “Suamiku Jatuh Dari Langit” ini lagi, dalam lagu tersebut kebanyakkannya Waris yang menyanyi dan dia hanya menyumbang suara sedikit sahaja.

Single “Ini Lagi Boom” ini dicipta sepenuhnya oleh DJ Fuzz, manakala lirik pula hasil nukilan Waris bersama Aziquebeats.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Dato’ Norman Abdul Halim berkata pihaknya menerbitkan lagu tersebut kerana merasakan ia adalah idea baru dan segar yang bertujuan mahu menggalakan lagi perkembangan industri hiburan tanah air.
Menurutnya, industri muzik tempatan perlu sentiasa tampil dengan idea-idea segar yang mana secara tidak langsung, ia mampu mencipta kerjasama di antara artis walaupun berbeza syarikat rakaman.
So, agak-agaknyalah, adakah suara Nora Danish “sesedap” Fazura? komen anda?