Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Noomi Rapace Bintangi Filem Terbaru Netflix, BLACK CRAB


Pelakon Sweden Noomi Rapace telah dipilih untuk bawa watak utama dalam filem terbaru Netflix berjudul Black Crab. Filem thriller ini berdasarkan dari novel thriller berjudul sama yang ditulis oleh penulis Swedish, Jerker Virdborg. 

Ini merupakan kolaborasi keempat diantara Rapace dan Netflix, dimana mereka sebelum ini telah berkerjasama dalam pembikinan filem Bright, filem sci-fi What Happened to Monday dan yang terbaru, sebuah filem aksi thriller berjudul Close yang diterbitkan pada tahun lepas.

Black Crab ditetap pada zaman post-apocalypse dimana ia akan mengikuti kisah enam askar yang dihantar lautan beku untuk menjalankan misi merbahaya, membawa pakej yang mampu menghentikan perang. Filem ini diarahkan oleh Adam Berg, manakala Malin Idevall dan Mattias Montero akan menjadi penerbit. Produksi dijangka bermula pada tahun hadapan di Sweden. 

Selain terlibat dalam filem-filem Netflix, Rapace turut dikenali menerusi trilogi The Girl with the Dragon Tattoo yang berdasarkan dari novel Stieg Larsson berjudul sama. Dia juga dikreditkan dalam filem Sherlock Holmes: A Game of Shadows, Prometheus, Child 44 dan The Secrets We Keep.


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee