Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

No Time To Die, A Quiet Place Part II, Morbius Ditunda Ke Tarikh Baru

Susulan pandemik yang masih belum reda dan memberi kesan pada pawagam seluruh dunia, beberapa studio besar telah mengambil langkah drastik dengan menunda beberapa tayangan filem terbaru mereka. 

Filem terbaru James Bond terbitan MGM, No Time to Die yang sepatutnya ditayangkan pada April 2021 telah ditunda ke tarikh baru iaitu pada 8 Oktober 2021. 

Susulan perubahan tarikh tayangan No Time to Die, Sony Pictures membuat keputusan untuk menunda sekali lagi tarikh tayangan filem spin-off Spider-Man, Morbius. 

Filem Sony-Marvel lakonan Jared Leto itu sepatutnya ditayangkan pada 8 Oktober 2021, tetapi bagi mengelakkan persaingan dengan filem No Time to Die, Sony mengubah tarikh tayangannya ke 21 Januari 2022.

Paramount Pictures turut mengumumkan tarikh baru filem yang dinantikan A Quiet Place Part II. Filem lakonan Emily Blunt ini sepatutnya ditayangkan pada April ini, tetapi disebabkan pandemik, pihak studio menunda ke tarikh 21 September 2021

No Time to Die menyaksikan James Bond menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas bersara dari dunia pengintipan. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya.

Daniel Craig kembali memainkan peranan utama sebagai James Bond bersama-sama beberapa pelakon dari filem sebelumnya iaitu, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Ben Whishaw, Rory Kinnear dan Jeffrey Wright.

Diperkenalkan buat pertama kali dalam komik The Amazing Spider-Man #101 pada tahun 1971, Dr. Michael Morbius, seorang pakar dalam bidang biokimia cuba untuk memulihkan penyakit darah yang aneh dengan mendedahkan darahnya pada kelawar ‘vampire’.

Namun begitu, pendedahannya pada kelawar itu telah menyebabkan dia bertukar menjadi individu yang dahagakan darah, dan mempunyai ciri-ciri serta abiliti seperti ‘vampire’. Sebagai karakter antihero, Morbius pernah menyertai beberapa kumpulan superhero seperti S.H.I.E.L.D., Legion of Monster, A.R.M.O.R dan Agents of Wakanda.

Dalam A Quiet Place: Part II, setelah peristiwa menakutkan di rumah, keluarga Abbott (Emily Blunt, Millicent Simmonds, Noah Jupe) kini harus menghadapi ketakutan dunia luar ketika mereka meneruskan perjuangan mereka untuk terus hidup dalam diam.

Terpaksa meneroka perkara yang tidak diketahui, mereka dengan cepat menyedari bahawa makhluk yang memburu dengan mendengar bunyi bukan satu-satunya ancaman yang dihadapi mereka.

Related posts

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Akan Dilancarkan Di Malaysia 1 Jun Ini!

Kakimuvee

[VIDEO] “Black Panther 2” & “Captain Marvel 2” Dapat Tajuk Rasmi, Rakaman Pertama “Eternals” Telah Didedahkan

Kakimuvee