Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Nilai Sebenar Duit Syiling Emas Dalam Dunia JOHN WICK

John Wick bukan sekadar filem aksi yang memaparkan aksi tembak-menembak dan pergaduhan, sebaliknya ia membawa penonton melihat kehidupan John Wick dalam dunia pembunuh upahan.

Dunia John Wick memaparkan operasi sindiket bawah tanah yang mana kehidupan mereka mirip seperti masyarakat biasa. Jaringan operasi yang terlibat dalam sindiket ini sangat meluas, dari menyingkirkan mayat, perkhidmatan doktor, penjagaan hotel sehinggalah menjahit pakaian, semuanya menawarkan perkhidmatan kepada John Wick dan individu sepertinya.

Namun, sebagai sebahagian daripada budaya mereka, pembunuh upahan ini tidak membayar rakan sekerja atau perkhidmatan dengan wang biasa. Sebaliknya, semua yang terlibat dalam sindiket ini menggunakan mata wang syiling emas mereka sendiri untuk membeli semuanya, dari bilik hotel hinggalah senjata baru

Penggunaan syiling emas ini sangat ditekankan dalam ketiga-tiga filem John Wick, yang mana setiap tetamu hotel Continental akan menerima emas apabila melaksanakan kontrak dan membelanjakannya dikalangan komuniti mereka. Malah John Wick 3: Chapter 3 – Parabellum mengungkap sejarah dan bagaimana syiling emas beredar dikalangan mereka.

Penggunaan syiling emas dalam dunia John Wick ini menimbulkan rasa ingin tahu peminat, terutama kos bagi setiap syiling dan bagaimana sistem mereka berfungsi.

Di dunia sebenar, kertas dan logam yang digunakan untuk wang tunai atau digital dan transaksi bank tidak mempunyai nilai intrinsik. Berbeza dengan wang John Wick, yang mana syiling tersebut datangnya dari emas asli.

Berdasarkan ukuran setiap duit syiling dan harga emas semasa, setiap keping dianggarkan bernilai hampir AS$2000 iaitu bersamaan RM8381. Bagaimanapun, nilai sebenar syiling emas itu bukanlah terletak pada angka, tetapi perjanjian di antara dua belah pihak. 

Nilai syiling emas Continental terdapat dalam kontrak sosial yang mereka wakili, seperti yang dikatakan oleh Berrada dalam John Wick 3. Duit syiling ini menawarkan jaminan perkhidmatan – kepercayaan, kerahsiaan dan penghormatan sebagai teras kod mereka.

Pada dasarnya, setiap kali seseorang memberikan duit syiling, mereka memastikan bahawa perkhidmatan apa pun yang mereka terima, dilengkapi dengan janji keselamatan dan jaminan dari High Table – satu bentuk perjanjian yang tidak dapat dibeli dengan wang biasa.

Oleh itu, cara yang paling sesuai untuk melihat syiling ini bukanlah sebagai simbol pertukaran wang, tetapi lebih kepada perjanjian dalam memberi perkhidmatan. Sebagai contoh, doktor yang memberi perkhidmatan kepada John Wick akan menerima syiling emas, dan dia kemudiannya boleh menggunakan syiling itu untuk membeli bantuan dari orang lain, dan seterusnya. Ini adalah lanjutan dari “penanda” perjanjian darah dalam filem John Wick, yang mana perbezaannya, ia menjadi satu perjanjian eksklusif di antara dua belah pihak, dan agak mustahil untuk menolak sebarang permintaan. 

Jadi, syiling emas yang digunakan bukan sekadar untuk membayar upah atau membeli barangan, sebaliknya mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi dari matawang biasa. 

Related posts

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa “Squid Game” Akan Menjadi Siri Netflix Kegemaran Anda

Zulaikha

The Many Malaysian Faces on Netflix

Zulaikha

6 Actors Who Took On Their Own Stunts and Nailed It

Zulaikha

7 Surprising Things You Probably Didn’t Know About the Cast of Money Heist

Zulaikha

5 Rancangan Tempatan Yang Pernah Kita Tonton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

Leave a Comment