Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia Trivia

Nikmati Tayangan Perdana K-Drama Terhebat ‘High Class’, ‘Hometown’, ‘The Veil’, & ‘One The Woman’ Di Astro Pada September Ini

 Pada September ini, peminat K-drama boleh menikmati tayangan perdana siri-siri terbaharu drama Korea yang ditayangkan pada Hari Sama Dengan Korea di Astro menerusi Oh!K (saluran  394 HD), tvN (saluran 395 HD), ONE (saluran 393 HD), dan K-Plus (Astro GO saluran 396 HD).  Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan selepas tayangan di TV menerusi On  Demand dan Astro GO.  

Para peminat K-drama boleh menantikan tayangan perdana siri kegemaran Korea yang menarik  pada September ini, termasuk:  

  • High Class, drama misteri dan aksi jenayah Korea, dibintangi Cho Yeo-Jeong, Kim Ji-Soo,  Ha Joon, Park Se-Jin dan Gong Hyun-joo, bermula 7 September di K-Plus (Astro GO  Saluran 396 HD). 
  • Hometown, drama seram dan misteri pembunuhan bersiri Korea, membariskan Yoo  Jae-myung, Han Ye-ri, Uhm Tae-goo dan ramai lagi, bermula 23 September di tvN  (Saluran 395 HD).  
  • The Veil, drama Korea penuh aksi, menampilkan Nam Goong Min, Park Han Sun, Kim Ji  Eun dan Kim Byeong Ki, bermula 18 September di Oh!K (Saluran 394 HD).  
  • One The Woman, drama romantik dan komedi Korea, dibintangi Lee Hanee, Lee Sang  Yoon, Lee Won Keun dan ramai lagi, bermula 18 September di ONE (Saluran 393 HD).  

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai K-drama yang akan datang:

High Class [Hari Sama Dengan Korea] [Tayangan  Perdana] 

 

7 September, Selasa & Rabu, 9.15 malam. K-Plus (Astro GO saluran 395 HD) 

Sempurnakah kehidupan 0.1 peratus wanita dari  golongan teratas di mata masyarakat? Drama ini mengisahkan fitnah dan kepuraan yang tersembunyi di  sebalik kehidupan tersebut. Ia menjadi tegang dan  misteri kepada golongan yang mengalaminya.  

Song Yeo-ool dibelengu dengan pembunuhan suaminya  dan dia kehilangan segalanya. Nam Ji-seon terkenal di  kalangan ibu-ibu di sekolah antarabangsa, tempat di  mana anak-anak golongan elit bersekolah. Danny, bekas  pemain hoki ais adalah seorang guru di sekolah itu.  Hwang Na-yoon pula seorang ibu tunggal dan merupakan satu-satunya wanita yang mesra dengan  Song Yeo-ool. Cha Do-yeong, seorang pelakon yang  kurang mendapat perhatian, mengikuti Nam Ji-seon  kerana ingin mendapati perhatian ramai.  

Hometown [Hari Sama Dengan Korea] [Tayangan  Perdana] 

23 September, Khamis & Jumaat, 9.15 malam tvN (saluran 395 HD), On Demand & Astro GO 

Sebuah kisah misteri seram di tahun 1999, di mana  seorang detektif dan seorang wanita mencari anak  saudaranya yang diculik, dan berganding bahu untuk  mencari pengganas yang dikaitkan dengan beberapa  kes pembunuhan. 

The Veil [Hari Sama Dengan Korea] [Tayangan Perdana] 

18 September, Sabtu & Ahad, 7.50 malam. Oh!K (saluran 394 HD) 

Drama ini mengisahkan tentang ejen NIS teratas yang  menghadapi masalah besar dalam organisasi ketika dia  mengejar pengkhianat yang telah merosakkan  reputasinya. Ini merupakan satu proses untuk catatan  rekod sebagai agen yang telah membuat dirinya untuk  melupakan kenangan lalu dan menjalani kegelapan  dalam dirinya.

One The Woman [Hari Sama Dengan Korea] [Tayangan Perdana] 

18 September, Sabtu & Ahad, 9.45 malam. ONE (Saluran 393 HD), On Demand & Astro GO 

Kisah seorang pendakwa yang terlibat dengan rasuah, Jo Yeon Joo, kehilangan daya ingatannya dalam kemalangan kereta dan terbangun dari koma dengan identiti baru bernama Kang Mi Na, setelah ramai yang keliru kerana persamaan mereka. Dia memulakan kehidupan barunya sebagai menantu kepada keluarga Chaebol dari perkahwinan yang diatur dan dia diharapkan menjadi suri rumah yang konservatif. Sementara itu, suaminya Han Seung Wook, bertemu dengan cinta pertamanya, dan dia masih mempunyai perasaan pada wanita itu. 

Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.

Related posts

Teaser Baru Jirisan Papar Gandingan Hebat Gianna Jun & Ju Ji-hoon

Zulaikha

Netflix Membuka Acara Peminat Global Pertama ‘Tudum’ Dengan Sorotan Anime-Anime Menarik

Kakimuvee

TUDUM: Netflix Umum Jadual Pelancaran Untuk Filem & Siri Korea Yang Akan Datang

Zulaikha

“Yumi’s Cells” Capai Rating Tertinggi, “One The Woman” Kekal No. 1

Zulaikha

iQiyi Sebarkan Cinta Terhadap Hallyu Dengan 9 buah K-Drama dan Filem Hebat di Suku Tahun Ke-4

Zulaikha

Rating “Hometown” Meningkat Pada Episod Ke-2, “Dali And Cocky Prince” Kekal No. 1

Zulaikha

Leave a Comment