Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot AsiaStreaming

Nikmati Tayangan Perdana K-drama & K-filem Terhebat Di Astro Pada Jun Ini


Bulan Jun ini, peminat hiburan Korea boleh menikmati tayangan perdana K-drama dan K-filem, yang ditayangkan di Astro menerusi KBS World (Saluran 392 HD), ONE (Saluran 393 HD), K-Plus (Saluran 396 HD), dan tvN Movies (Saluran 416 HD). Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan pada bila-bila masa, di mana jua menerusi On Demand dan Astro GO.  

Peminat boleh berhibur menonton K-drama dan K-movie terhebat, termasuk:

Summer Guys [Tayangan Perdana]

20 Jun, Selasa & Rabu, 9.30 malam, K-Plus (Saluran 396 HD)

Kisah percintaan yang mekar antara beberapa anak muda yang bersemangat tinggi untuk mengusahakan semula bar koktel yang terbiar di tepi pantai. Oh Jin Dal-rae ialah pemilik dan satu-satunya pelayan di bar usang bernama “Summer Guys”, terletak berhampiran pusat peranginan mewah di Pulau Jeju.

Walaupun lokasinya strategik, namun perniagaannya suram dan Jin Dal-Rae hampir menutup perniagaanya itu. Dia mengambil tiga lelaki misteri sebagai pekerja dan pasukan baharu itu berusaha untuk menghidupkan semula bar yang hampir ditutup itu dengan penuh semangat.


Don’t Look Back : The Legend of Orpheus [Tayangan Perdana]

13 Jun, Selasa – Jumaat, KBS World (Saluran 392 HD)

  • Selasa – Khamis, 11.50 malam
  • Jumaat, 11.35 malam

Selepas kematian bapanya di tangan Kumpulan Hotel Gaya, Han Yi Soo hidup untuk satu perkara sahaja, untuk membalas dendam. Tetapi terdapat halangan besar yang perlu dilalui oleh Yi Soo, perasaan cintanya yang berbelah bahagi kepada Jo Hae Woo, pewaris Kumpulan Hotel Gaya.

Meant to Be [Tayangan Perdana]

12 Jun, Isnin, 7 malam, ONE (Saluran 393 HD)

Kisah tentang seorang bapa yang kejam, Kang Chi Hwan (Kim Yu Seok), mengkhianati seorang wanita yang sedang mengandungkan anaknya sendiri, demi mencapai impian dan cita-citanya. Namun Kang Chi Hwan melepaskan tanggungjawab dan berkahwin dengan Jeon Mi Kang, seorang wanita dari keluarga yang kaya.

Untuk membalas dendam atas pengabaian ibunya, Lee Hae In (Jeon Hye Yeon) cuba mengheret Kang Chi Hwan sehingga membinasakan. Apabila Kang Chi Hwan mengetahui perkara ini, dia cuba menyingkirkan anaknya untuk memuaskan ketamakan yang tidak berkesudahan.

Decibel [Tayangan Perdana]

10 Jun, Sabtu, 10 malam, tvN Movies (Saluran 416 HD)

Kisah terbongkar apabila bom yang bertindak balas kepada bunyi ditemui di tengah-tengah bandar. Serangan pengganas terjadi berikutan insiden yang berlaku setahun lalu di dalam kapal selam bersama orang ternama seperti komander kapal selam dan wartawan. Anggota pertahanan keselamatan komando sokongan berkumpul untuk membantu dan mematikan bom tersebut.

The Glorious My Revenge [Tayangan Perdana]

24 Jun, Sabtu, 10 malam, tvN Movies (Saluran 416 HD)

Detektif Ryoo Yi Jae telah kehilangan anak lelaki kesayangannya dalam satu kemalangan langgar lari. Tanpa menjejaki penjenayah tersebut, tempoh had siasatan pula telah tamat dan keputusan tidak berpihak kepada keluarga mereka.

Dia juga dipindahkan ke Namwon selepas ditangkap meminum arak untuk menenangkan kehidupan sehariannya yang penat. Apabila dia berusaha untuk memulakan kehidupan baharu bersama Eom So Hyun, dia terjumpa Im Hak Chin, pembunuh anak lelakinya dengan secara kebetulan. 


Related posts

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton

Kakimuvee

Drama Terbaru SBS “The Escape of the Seven” Bermula Baik Pada Episod Pembukaan

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Filem Seram Korea ‘SLEEP’ Akan Ditayangkan Di Pawagam Pada 14 September Ini

Kakimuvee

MOVING Pecah Rekod, Jadi K-Drama Paling Ramai Penonton Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

MASK GIRL Duduki No. 1 Carta Netflix Untuk Rancangan Bukan Bahasa Inggeris

Kakimuvee