Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot AsiaTrivia

Nikmati Program Korea Terhangat Di Astro Pada Mac Ini


Sepanjang bulan Mac ini, semua peminat siri dan program Korea boleh menikmati tayangan  perdana K-drama dan program menarik Korea, ditayangkan di TV melalui tvN (Saluran 395 HD),  ONE (Saluran 393 HD) dan K-Plus (Astro GO Saluran 396). Para pelanggan juga boleh strim pada  bila-bila masa menerusi Astro GO dan On Demand. 

Peminat boleh menikmati K-drama dan program Korea yang ditayangkan 24 jam selepas Korea  termasuk:  

Military Prosecutor Doberman

  • [24 jam selepas Korea] [Tayangan Perdana]
  • 1 Mac, 9.15 malam di tvN (Saluran 395 HD) | Strim pada bila bila masa di On Demand dan Astro GO

Dibintangi oleh Ahn Bo-hyun dan Jo Bo-ah, ia mengisahkan  tentang dua pendakwa tentera bersama matlamat dan nilai  yang berbeza. Mereka bersama-sama memerangi rasuah dan seterusnya menjadi pendakwa tentera sebenar.

A Superior Day

  • [24 jam selepas Korea] [Tayangan Perdana]
  • 14 Mac, 9.15 malam di tvN (Saluran 395 HD) | Strim pada bila bila masa di On Demand dan Astro GO 

Berdasarkan siri webtoon, drama yang dibintangi Jin Goo, Ha Do-kwon dan Lee  Won-geun ini mengisahkan tentang seorang  lelaki biasa yang mengetahui anak perempuannya diculik, dan dia mesti membunuh penculik bersiri dalam tempoh 24 jam seperti yang diminta oleh penculik.

Kill Heel

  • [24 jam selepas Korea] [Tayangan Perdana]
  • 10 Mac, 9.15 malam di tvN (Saluran 395 HD) | Strim pada bila bila masa di On Demand dan Astro GO 

Kill Heel lakonan Kim Ha-neul, Lee Hye-young Kim Sung-ryung dan ramai lagi, mengisahkan tentang tiga wanita bercita-cita tinggi  dan cuba untuk mengatasi pesaing mereka dengan latar belakang industri beli-belah di rumah.


When My Love Blooms

  • [Minggu Sama Dengan Korea]  [Tayangan Perdana] 
  • 29 Mac, 9.15 malam di K-Plus (Astro GO Saluran 396) 

Seorang lelaki dan wanita yang jatuh cinta semasa zaman kolej  bertemu semula 20 tahun kemudian, selepas segala-galanya  berubah. Han Jae-hyun dan Yoon Ji-soo adalah cinta pertama masing-masing di kolej, tetapi hubungan mereka tidak kekal.

Kini dalam usia 40-an, Jae-hyun telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya yang mengejar kekayaan dan kemasyhuran, manakala Ji-soo adalah ibu tunggal yang bekerja secara kontrak untuk menampung kehidupan. Mereka berdua mendapat peluang kedua untuk bercinta, apabila takdir membawa mereka kembali ke dalam kehidupan masing-masing

The Sixth Sense 3

  • [Tayangan Perdana]  
  • 23 Mac, 10.30 malam di tvN (Saluran 395 HD) | Strim pada  bila-bila masa di On Demand dan Astro GO 

Yoo Jae-suk dan rakan selebritinya kembali untuk musim ke-3!  Mereka akan melawat tempat atau individu yang berbeza, dan menggunakan ‘deria keenam’ mereka untuk menganalisis dan mengetahui yang mana satu direka mengikut tujuannya.

Shooting Stars

  • [Tayangan Perdana] 
  • 9 Mac, 11 malam di ONE (Saluran 393 HD) | Strim pada bila bila masa di On Demand dan Astro GO 

Dihoskan oleh Lee Soo Geun dan Bae Seong Jae, selebriti wanita dan personaliti TV membentuk pasukan bola sepak amatur untuk bertarung di padang bola sepak. Pasukan dikumpul berdasarkan latar belakang mereka seperti pelakon, model dan personaliti TV antarabangsa.

Mereka dilatih oleh empat bekas pemain dari Pasukan Bola Sepak Kebangsaan dalam Piala Dunia FIFA 2002, yang menyertai perlawanan sebagai ketua jurulatih. Seperti kata pepatah “bola itu bulat”, ketahui pasukan selebriti wanita yang mana bakal memenangi pertarungan bola sepak mini ini!


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee