Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Nikmati K-drama Terhebat Di Astro Pada Oktober Ini

Pelanggan Astro boleh menikmati tayangan perdana K-drama terhebat termasuk aksi, misteri seram, romantik dan drama keluarga pada Oktober ini, di Astro menerusi tvN (Saluran 395 HD), Oh!K (Saluran 394 HD), KBS World (Saluran 392 HD). Peminat K-drama juga boleh strim episod-episod yang disediakan di On Demand dan Astro GO. 

Peminat boleh menikmati tayangan perdana K-drama termasuk:

Jirisan [Hari Sama Dengan Korea] [Tayangan Perdana]

  • 24 Oktober, Ahad & Isnin, 9.15 malam
  • tvN (Saluran 395 HD) 

*Strim di On Demand & Astro GO bermula 31 Okt 2021

Dibintangi oleh Jun Ji-hyun dan JooJi-hoon, “Jirisan” adalah sebuah drama misteri tentang sekumpulan petugas hutan yang mendaki Gunung Jiri, gunung tertinggi di Korea Selatan..

Mobius: The Veil [Hari Sama Dengan Korea] [Tayangan Perdana]

  • 30 Oktober, Sabtu & Ahad, 7.50 malam
  • Oh!K (Saluran 394 HD)

Sambungan dari siri asal, “Mobius: The Veil” menceritakan permulaan ejen NIS dan kisah-kisah mereka. Kehidupan dan hubungan mereka yang rumit ditampilkan dalam episod istimewa ini.

Dali and Cocky Prince [Tayangan Perdana]

  • 14 Oktober, Khamis & Jumaat, 9.05 malam
  • KBS World (Saluran 392 HD)

*Strim di On Demand & Astro GO bermula 15 Okt 2021

Dali dan Cocky Prince mengisahkan tentang percintaan antara seorang lelaki yang kurang berpelajaran tetapi pandai mencari nafkah dan seorang wanita yang bijak, juga berasal dari latar belakang elit tetapi tidak tahu bagaimana untuk menjaga dirinya sendiri.

The All-Round Wife [Minggu Sama Dengan Korea] [Tayangan Perdana]

  • 11 Oktober, Isnin – Jumaat, 7.50 malam
  • KBS World (Saluran 392 HD)

Sebuah drama di sekitar daerah Gangnam, menceritakan tentang Seo Cho-hee, seorang wanita berjuang untuk meningkatkan kualiti hidupnya dengan memiliki sebuah rumah. Drama ini menceritakan kisah keluarga yang realistik di mana kebahagiaan bukanlah terletak pada rumah tersebut, tetapi mengenai ahli keluarga yang mendiami rumah tersebut. 

 

Related posts

“How Do You Play?” No. 1 Dalam Ranking Reputasi Jenama Rancangan Variety Untuk Bulan Ogos

Zulaikha

“Emergency Declaration” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh Kurang 4 Hari

Zulaikha

“Hansan: Rising Dragon” Berjaya Lepasi 4 Juta Penonton

Zulaikha

“Alchemy of Souls” Akan Berehat Seminggu

Zulaikha

Confidential Assignment 2: Yoo Hae Jin Kembali Sebagai Rakan Sekerja Hyun Bin Dalam Gambar Terbaru

Zulaikha

[TRAILER] Alami Ketakutan PENGABDI SETAN 2 – COMMUNION Apabila Ia Ditayangkan Di Pawagam 11 Ogos Ini

Kakimuvee

Leave a Comment