Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Nikmati anugerah K-pop Terhebat, Program Korea & Lebih Lagi Di Astro


Bulan November ini, semua peminat hiburan Korea boleh menikmati anugerah K-pop terhebat dan menyaksikan k-drama dan K-movie terbaharu yang menampilkan penceritaan romantik, seram mendebarkan, aksi jenayah dan banyak lagi di TV melalui tvN (Saluran 395 HD), ONE (Saluran 393 HD), KBS World (Saluran 392 HD) dan tvN Movies (Saluran 416 HD).

Peminat juga boleh strim episod-episod yang tersedia pada bila-bila masa, di mana jua menerusi On Demand dan Astro GO. 

Peminat boleh menantikan program-program berikut: 

Anugerah 2022 MAMA [Siaran Langsung] 

29 & 30 November, Sabtu & Ahad

  • Karpet Merah pada 3 petang
  • Siaran Langsung Anugerah pada 5 petang

tvN (Saluran 395 HD), On Demand & Astro GO


‘MAMA’, memperkenalkan dunia hiburan dan pengalaman K-POP yang berbeza, akan kembali sebagai ‘ANUGERAH MAMA’! Anugerah ini mengiktiraf bakat-bakat K-pop terbaik tahun ini serta pemuzik di seluruh Asia.

Summer Strike [24 hours selepas Korea] [Tayangan Perdana]

22 November, Selasa & Rabu, 6.55 petang

ONE (Saluran 393 HD)

Berdasarkan webtoon dengan tajuk yang sama, drama ini mengisahkan dua watak, Ahn Dae Bum (Im Si Wan) dan Lee Yeo Reum (Kim Seol Hyun). Dae Bum adalah seorang pustakawan di Angok, sebuah bandar kecil di tepi laut. Dia pakar dalam Matematik, bertanding menentang Universiti Kebangsaan Seoul kira-kira 20 tahun lalu.

Manakala Yeo Reum baru sahaja dilantik sebagai pekerja tetap selepas bekerja selama lima tahun. Walau bagaimanapun, selepas menerima pengiktirafan dari syarikatnya, dia berhenti kerja di bandar yang penuh tekanan.

Dia berpendapat mungkin boleh menampung  hidupnya dengan simpanan selama dua tahun dan di merancang untuk berpindah ke Angok untuk menjalani kehidupan di sana. 

Love in the Moonlight

Setiap Selasa & Rabu, 9.05 malam

KBS World (Saluran 392 HD), On Demand & Astro GO

Untuk melindungi diri dan keluarganya, Hong Ra On menyamar sebagai lelaki dan menasihati lelaki yang sedang menjalinkan hubungan. Disebabkan surat cinta yang ditulis untuk pelanggan, dia bertemu Putera Mahkota Hyo Myung. Ra On tidak menyedari bahawa dia adalah Putera Mahkota, dan Hyo Myung tidak tahu bahawa Ra On adalah seorang wanita.

Tidak lama selepas Ra On dipaksa menjadi seorang tawanan dari pemberi pinjaman, Putera Mahkota dan Ra On saling meminati antara satu sama lain. Ra On cuba bertahan di istana dan Putera Mahkota mengatur perjalanannya untuk menjadi raja, adakah cinta mereka akan berputik?

The Ghost Detective [Tayangan Perdana]

8 November, Selasa – Jumaat, 11.50 malam

KBS World (Saluran 392 HD)

Detektif Lee Da-Il adalah pemburu hantu, cuba menyelesaikan kes kematian aneh pembantunya, adik Jung Yeo-Wool. Dia terserempak dengan seorang wanita misteri berpakaian merah bernama Sunwoo Hye yang muncul di setiap tempat kejadian.

The Roundup [Tayangan Perdana]

26 November, Sabtu, 10 malam

tvN Movies (Saluran 416 HD), On Demand & Astro GO

4 tahun selepas peristiwa operasi perbincangan di daerah Garibong, Unit Jenayah Besar Polis Geumcheon diberi misi untuk menghantar pulang seorang pelarian yang melarikan diri ke Vietnam.

Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee