Warner Bros.dan DC telah mengumumkan filem terbaru dalam dunia cinematik DC (DCEU) mereka iaitu Nightwing. Menurut laporan Hollywood Reporter, dengan pengumuman filem terbaru itu, mereka dengan pantas mengambil pengarah filem The Lego Batman, Chris McKay untuk mengambil kerusi panas tersebut.
Selain itu juga, penulis skrip filem The Accountant dan The Judge, Bill Dubuque pula diberi tanggungjawab untuk menulis skrip filem berkenaan.
Bagi yang tidak tahu, Nightwing adalah bekas sidekick / Robin kepada Batman yang mana alter ego nya adalah Dick Grayson. Karakter tersebut berada disisi Batman selama bertahun-tahun dalam dunia komik sebelum Dick mengambil keputusan meninggalkan Batman dan menjadi Nightwing untuk menjaga bandar berdekatan Gotham City iaitu Bludhaven.
Karakter Dick Grayson aka Nightwing ini banyak membuat kemunculannya samada dalam filem mahupun animasi, cuma karakter tersebut membawa watak Robin. Yang terbaru, Dick Grayson muncul dalam filem animasi The Lego Batman dan menjadi sidekick kepada Batman.
Filem Nightiwing menjadi karya terbaru DCEU dan menyertai beberapa filem yang akan dan sedang dalam pembikinan seperti Justice League, Wonder Women, Aquaman, Shazam, Flash, Green Lantern dan lain-lain lagi,
Cuma tidak pasti bagaimana pengaruh Nightwing ini dalam dunia DCEU dan bagaimana ia muncul, samada selepas filem The Batman atau ia muncul dalam filem The Batman terlebih dahulu dan menjadi filem solo kemudiannya.
Dengan pengumuman terbaru ini pasti akan mengembirakan peminat-peminat DCEU memandangkan semakin banyak superhero-superhero DC di Live Action kan oleh mereka untuk peminat