Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Niezam Zaidi Bawa Watak “Spark” Dalam Filem REMP-IT 2

Pelakon Niezam Zaidi akan menggalas watak Spark dalam filem Remp-It 2, menggantikan tempat pengarah dan pelakon, Zul Huzaimy. Pemilihan Niezam dibuat Datuk Farid Kamil.

Ketika merasmikan pelancaran filem Remp-It 2 dan Sifu International Enduro Championship 2020 pada minggu lalu, Farid Kamil memberitahu kepada wartawan bahawa filem terbarunya nanti akan diberi nafas baru dan diberi perubahan sebaik mungkin.


“Dalam masa 13 tahun macam-macam perubahan boleh berlaku, jadi saya mengambil inisiatif itu untuk mengubah watak Spark dan menghasilkan filem ini sebaik mungkin.

“Niezam Zaidi adalah seorang pelakon yang boleh menunggang motosikal dengan bagus. Dia juga telah menyertai beberapa perlumbaan Cub Prix Malaysia sebelum ini tetapi pada ketika itu saya tidak berkesempatan untuk mengenalinya sebagai seorang pelakon.

“Walau bagaimanapun, saya yakin dia bakal memberi nafas baru kepada filem “Remp-It 2″ dan saya sangat bersyukur atas perkara itu,”

Sementara itu, Farid merasa sedikit kecewaan kerana gagal membawa masuk pelakon Nabila Huda dalam filem akan datang. Menurutnya, Nabila terikat dengan komitmen lain dan berdepan isu pelanggaran tarikh.

Sehubungan dengan itu, Farid menggantikan tempat Nabila dengan wartawan dan pakar aksi lagak ngeri wanita Ahirine Ahirudin, dikenali sebagai seorang gadis lasak yang mahir menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Sesi penggambaran filem Remp-It 2 telah selesai dijalankan selama 53 hari pada Ogos 2019 dan kini sedang dalam proses pos produksi, yang mana ia telah pun dihantar ke Lembaga Penapis Filem (LPF).

Dibintangi oleh Farid bersama pelakon-pelakon asal seperti Cat Farish dan Julia Hana, filem Remp-It 2 dijangka bakal tayang pada bulan Ogos tahun ini.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

LAGI GAH, LAGI MERIAH, ‘AME 2021’ ANUGERAH PERTAMA MALAYSIA DALAM FASA ENDEMIK!

Kakimuvee

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “Mat Kilau” Papar Perjuangan Anak Bangsa Melawan Penjajah

Kakimuvee

Poster Rasmi Goda Tarikh Tayangan “Mat Kilau” Pada 23 Jun Ini

Kakimuvee

Astro Radio Tingkatkan Jangkauan Sebanyak 3% Ke 16.4 Pendengar Mingguan

Kakimuvee

Leave a Comment