Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Nicolas Cage & John Travolta Berminat Untuk Kembali Dalam Sekuel “Face/Off 2”

Pada Februari yang lalu, pengarah Adam Wingard mengesahkan bahawa projek terbaru Paramount Pictures “Face/Off” akan dibangunkan sebagai filem sekuel, bukannya pembuatan semula. Dan terbaru, Wingard memberikan satu lagi berita yang cukup menarik kepada peminat filem aksi itu.

Dalam wawancara bersama Showbiz Cheat Sheet (via Screen Rant) baru-baru ini, Wingard telah ditanya mengenai potensi penglibatan dua bintang asal Nicolas Cage dan John Travolta. Pengarah “Godzilla vs. Kong” itu mengesahkan bahawa Cage dan Travolta telah menyatakan minat untuk mengulangi peranan mereka, tetapi perlu menunggu kelulusan skrip sebelum kedua-dua pelakon itu menyertai filem akan datang secara rasmi. 

Wingard juga menekankan betapa pentingnya Cage dan Travolta untuk kembali kerana sekuelnya akan meneruskan kisah Castor Troy dan Sean Archer.

“Some people just assume when I say that that it just means it takes place in the world of Face/Off. To me, Face/Off isn’t about a procedure or anything like that. It’s not about the world that the characters exist in. It’s about Sean Archer and it’s about Castor Troy. That’s what this movie is about. It’s the continuation of that story. It’s hard to talk about other than that but this is, to me, the definitive continuation of that saga.”

“Face/Off 2” akan diarahkan Wingard, dan dia turut menulis skrip bersama rakan kolaborasinya Simon Barrett. Mereka berdua pernah bekerjasama dalam beberapa filem seperti “Blair Witch” (2016), “The Guest” (2014), “You’re Next” (2011) dan “A Horrible Way to Die” (2010). Neal H. Moritz berfungsi sebagai penerbit bagi pihak Paramount Pictures, manakala penerbit filem asal, David Permut akan menjadi penerbit eksekutif. 

Dilancarkan pada tahun 1997 dan diarahkan oleh John Woo berdasarkan skrip dari Mike Werb (The Mask) dan Michael Colleary (Lara Croft: Tomb Raider), filem pertama dibintangi John Travolta sebagai ejen FBI Sean Archer dan Nicolas Cage sebagai pengganas bebas dan sosiopat Castor Troy.

Dihasilkan dengan modal sebanyak $80 juta dolar, “Face/Off” berjaya meraih $245 juta dolar seluruh dunia (bersamaan $391.65 juta pada tahun ini), dan mendapat respon positif dari para pengkritik dan penonton.

Related posts

Pandangan Pertama Knuckles Di Set Penggambaran “Sonic the Hedgehog 2”

Kakimuvee

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee

Joe Manganiello Dedah Kenapa Deathstroke Mahu Bunuh Batman

Kakimuvee

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee