Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Nicolas Cage Dedah Impian Untuk Bawa Watak ‘Villain’ Batman


Suatu ketika dahulu, telah tersebar sekeping gambar yang memaparkan pelakon legenda Nicholas Cage mengenakan sut Superman untuk salah satu ujibakat watak adiwira DC. Walaupun kita tidak dapat melihat Cage memainkan peranan Superman dalam mana-mana filem, kita mungkin berpeluang melihat pelakon itu sebagai salah satu penjahat untuk filem Batman.Ā 

Bercakap semasa penampilannya di Festival SXSW yang sedang berlangsung di Austin, Texas, Cage berbicara tentang filem terbaruĀ The BatmanĀ arahan Matt Reeves, dan keinginannya untuk memainkan watak penjahat yang kurang dikenali peminat yang pernah muncul dalam siri televisyen Batman era 1960-an.

“Saya telah memikirkan tentang ini, kerana anda tahu, kita mempunyai yang baru, Robert Pattinson sebagai Batman, dan saya teruja melihatnya. Saya belum melihat [filem The Batman] lagi, tetapi saya rasa dia sangat hebat.”

Penjahat yang dilakonkan oleh Vincent Prince dalam rancangan 60-an, Egghead, saya rasa saya mahu mencuba Egghead. Saya rasa, saya boleh membuatkannya menjadi sangat menakutkan, dan saya mempunyai konsep untuk Egghead. Jadi beritahu mereka di Warner Bros. yang saya suka Egghead.”

Egghead adalah karakter yang dicipta khusus untuk siri TVĀ BatmanĀ tahun 1960-an dan dilakonkan oleh bintang filem seram Vincent Price. Karaker itu dikenali kerana kepalanya yang besar dan botak, dan percaya dirinya adalah penjenayah paling bijak di dunia, dengan perbuatannya seringkali bermotifkan atau disertakan dengan telur.


The BatmanĀ diarahkan oleh Matt Reeves dari skrip yang ditulis olehnya bersama dengan Peter Craig. Filem adiwira terbaru DC itu akan menyaksikan Robert Pattinson menyarung mantel Dark Knight.

Turut menyertai barisan pelakon adalahZoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella ReƔl.


Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem ā€œSuperman Liveā€ Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee