Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Nicolas Cage Bawakan Karakter Spider-Man Noir Dalam Filem Animasi Spider-Man: Into The Spider-Verse

Selepas disahkan akan membawa suara Superman dalam filem Teen Titans GO! to The Movies, Nicolas Cage sekali lagi akan menyumbangkan suara dalam sebuah lagi filem animasi supehero. Menurut laman Collider, aktor tersebut akan membawakan karakter Spider-Man Noir dalam filem animasi Spider-Man: Into the Spider-Verse.

Seperti karakter Spider-Man yang lain yang diperkenalkan dalam pelbagai versi, Spider-Man Noir adalah versi Peter Parker yang hidup dizaman kegawatan ekonomi yang melanda Amerika Syarikat pada tahun 1930an. Pada zaman tersebut, Peter Parker merupakan wartawan siasatan yang mendapat kuasa dari labah-labah dan versi Spider-Man ini turut memiliki senjata.

Idea kreatif filem Spider-Man: Into the Spider-Verse datangnya dari pengarah filem 21 Jump Street iaitu Phil Lord dan Christopher Miller yang merupakan penulis filem ini. Ia menampilkan pellbagai versi Spider-Man serta kesan visual yang cukup menarik.

Shameik Moore akan membawa suara karkater utama iaitu Miles Morales, Liev Schreiber sebagai Kingpin, musuh kepada Spider-Man, Mahershala Ali sebagai Aaron Morales, Brian Tyree Henry sebagai ayah kepada Miles, Jefferson,  Luna Lauren Velez sebagai ibu kepada Miles Rio, Lily Tomlin sebagai Aunt May, serta Hailee Steinfeld sebagai Spider-Gwen, dan Jake Johnson sebagai Peter Parker.

Bob Persichetti, Peter Ramsey, dan Rodney Rothman telah bekerjasama mengarahkan filem ini manakala Avi Arad, Amy Pascal, Phil Lord, Christopher Miller, dan Christina Steinberg bertindak selaku penerbit.

Spider-Man: Into the Spider-Verse akan menemui penonton pada 14 Disember tahun ini.

Related posts

Warner Bros. Akan Hasilkan Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Dijangka Memulakan Penggambaran Pada Musim Luruh

Kakimuvee

Gambar-Gambar Tom Holland & Zendaya Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”

Kakimuvee

Matt Damon Dilaporkan Sertai “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Zack Snyder Sahkan “Justice League” Akan Menjadi Filem, Bukan Minisiri

Isqandar

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Isqandar

Leave a Comment