BeritaSiri TV

Nickelodeon Bangunkan Siri Spin Off Patrick Star

Views

Selepas 21 tahun, SpongeBob SquarePants kekal sebagai siri kedua terpanjang dan paling popular di Nickelodeon. Kini rangkaian tersebut ingin memperluaskan francaisnya dengan memulakan pembangunan siri spin-off yang melibatkan sahabat baik SpongeBob iaitu Patrick Star.

Menurut Deadline, The Patrick Star Show akan menyerupakan sitkom The Larry Sanders Show dan podcast Comedy Bang! Bang!.  Siri spin off itu akan menyaksikan Patrick Star menjadi host terkenal dalam rancangan bual bicara larut malam dan akan menamp

Siri 13 episod ini juga akan menampilkan banyak watak-watak baru, dan kebanyakan watak tersebut akan disuarakan Bill Fagerbakke di samping membawa suara watak utama.

Konsep spin-off SpongeBob SquarePants pertama kali diumumkan pada awal 2019 ketika presiden Nickelodeon, Brian Robbins mendedahkan bahawa rangkaian itu sedang mencari kemungkinan projek spin-off dari siri popular itu.

Mula bersiaran pada 1999 dan dicipta mendiang Stephen Hillenburg, SpongeBob SquarePants berkisar tentang penggembaran SpongeBob bersama rakan-rakannya di bandar Bikini Bottom yang terletak didasar laut. SpongeBob SquarePants berjaya menguasai tangga pertama siri animasi kanak-kanak selama 18 tahun dan menjadi kejayaan komersial terbesar buat Nickelodeon dengan pendapatan sebanyak $13  billion pada 2017.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks