Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Nick Fury Tidak Akan Muncul Dalam Infinity War dan Avengers 4


 

Nick Fury, merupakan salah seorang karakter penting dalam diawal fasa Marvel Cinematic Universe. Dia merupakan watak penting dalam beberapa filem seperti The Avengers, dan Age of Ultron serta pernah muncul dalam beberapa filem solo superhero Marvel seperti Iron Man dan Captain America

Namun sejak kebelakangan ini, wataknya dilihat semakin menyepi dan semakin dilupakan. Dengan dua filem besar Marvel akan datang iaitu Avengers: Infinity War dan Avengers 4. Peminat tertanya-tanya adakan watak beliau akan muncul dalam kedua-dua filem berkenaan.

Semasa ditemuramah oleh Yahoo!, Samuel L. Jackson mendedahkan beliau tidak akan muncul dalam filem Avengers: Infinity War dan Avengers 4. Begitu juga filem Black Panther, Jackson tidak terlibat dengan pembikinan filem berkenaan.

“I wasn’t in the ‘superhero argument’ movie [Captain America: Civil War], I’m not in Avengers 3 and 4. They’re shooting them now, and they haven’t called me yet. They wouldn’t let me go to Black Panther-ville, so it’s kinda like how gonna make a black Marvel movie and not let Nick Fury show up in it?!”

Selain itu juga, Jackson berkata, beliau masih belum dihubungi dan menandatangani kontrak untuk filem Captain Marvel yang dijangka akan ditayangkan pada tahun 2019 walaupun karakternya dikatakan bakal muncul dalam filem berkenaan

“I haven’t signed a contract, haven’t seen a script”

“I talked to Brie [Larson] the other day, she didn’t say anything. She’s the only person know that’s actually in the movie”

Semasa di konvensyen Comic-Con yang bertempat di San Diego yang lalu, Presiden Marvel, Kevin Feige mengumumkan Nick Fury akan muncul dalam filem tersebut yang mana filem berkenaan akan berlatarbelakangkan zaman 1990an.


Walaupun Nick Fury tidak mempunyai kelebihan seperti superhero-superhero lain, tetapi peranannya dalam membantu pasukan Avengers dalam menghadapi musuh sangat besar. Lebih-lebih lagi filem akan datang akan menghimpunkan kesemua superhero Marvel baik Avengers dan Guardians of the Galaxy dalam menentang Thanos, ketiadaan Fury dilihat sesuatu yang agak janggal dan kita merasakan, himpunan semua superhero bagaikan tidak lengkap tanpa Nick Fury.


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee