Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Nick Fury Tidak Akan Muncul Dalam Filem Black Widow” – Samuel L. Jackson

Penggambaran filem Black Widow kini sedang rancak berjalan, namun tidak banyak informasi mengenai filem tersebut didedahkan pihak studio. Kerahsian mengenai filem solo Black Widow itu menimbulkan banyak spekulasi dikalangan peminat, terutamanya jalur masa filem ini dan juga latarbelakang cerita, sama ada ianya filem ‘origin’ ataupun ‘standalone’

Tidak keterlaluan untuk berkata bahawa banyak peminat berharap dapat melihat Black Widow bertemu Hawkeye dan Nick Fury buat pertama kalinya dalam filem ini. Ini kerana Black Widow merupakan orang kanan Nick Fury semasa diawal siri filem Marvel Cinematic Universe, manakala Hawkeye pula merupakan rakan baiknya.

Ketika ditanya mengenai penglibatan Nick Fury dalam filem Black Widow, pelakon Samuel L. Jackson mendedahkan bahawa karakter lakonannya itu tidak akan muncul dalam filem tersebut.

“It’s Natasha who was always been my favourite because I recruited her,”  “So far, I’m not in her origin story movie [Laughs]. She’s the person I was closest to in that group.”

Jackson memberitahu pekara tersebut ketika mempromosikan filem Spider-Man: Far From Home. 

Dengan pendedahkan pelakon tersebut, peminat kini hanya boleh berharap agar khabar angin mengenai penglibatan Jeremy Renner (Hawkeye) dalam filem Black Widow adalah benar kerana peminat teringin mengentahui reference ‘Budapest’yang diungkapkan sahabat baik itu dalam filem Avengers. 

Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland dan dibintangi Scarlett Johansson, Florence Pugh, David Harbour serta Rachel Weisz. Black Widow dijangka akan menemui penonton pada tahun hadapan.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment