Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

Nick Fury Menjadi Orang Paling Dikehendaki Dalam Video “Secret Invasion”


Dengan tinggal hanya sebulan sahaja lagi sebelum tayangan perdananya, Marvel Studios dan Disney+ Hotstar telah mendedahkan video terbaru siri Marvel yang akan datang, Secret Invasion

VIdeo tersebut menawakan rakaman penuh aksi terbaru yang memberi fokus pada Nick Fury yang terpaksa berhadapan ancaman seorang diri. Ia turut menampilkan sekilas pandangan watak lakonan Don Cheadle, Rhodey, yang mengelar Fury sebagai orang yang paling dikehendaki, sekaligus mengusik situasi yang rumit yang dihadapi bekas pegarah SHIELD itu.

Anda boleh melihat video tersebut dibawah:

“Ditetapkan pada masakini MCU, Fury mengentahui pencerobohan rahsia ke Bumi oleh bangsa Skrull,” menurut sinopsis.

“Fury menyertai sekutunya, termasuklah Everett Ross, Maria Hill dan Talos, bangsa Skrull yang tinggal di Bumi. Bersama-sama, mereka berkerja dengan masa untuk menghalang pencerobohan Skrull dan menyelamatkan 


Secret Invasion diterajui veteran MCU, Samuel L. Jackson yang meneruskan peranannya sebagai Nick Fury. Dia akan bergandingan dengan bintang Captain Marvel, Ben Mendelsohn, yang kembali meneruskan peranannya sebagai Talos. 

Menyertai mereka ialah pendatang baharu MCU Kingsley Ben-Adir sebagai antagonis Gravik, pemenang Oscar Olivia Colman sebagai ejen MI6 Sonya Falsworth, Emilia Clarke sebagai anak perempuan Talos yang kini dewasa, G’iah, Dermot Mulrone, Killian Scott, Christopher McDonald dan Carmen Ejogo. Ia juga akan pelakon-pelakon lama MCU Cobie Smulders sebagai Maria Hill, Martin Freeman sebagai Everett K. Ross, dan Don Cheadle sebagai Rhodey.

Berdasarkan siri buku komik berjudul sama, Secret Invasion diarahkan oleh Thomas Bezucha dan Ali Selim. 


Related posts

The Marvels Perlu Kutip Lebih AS$400 Juta Untuk Catat Keuntungan

Kakimuvee

[TRAILER] Amber Heard Bakal Muncul Dalam Filem Terbaru ‘In The Fire’

Kakimuvee

Siri Psikothriller Jepun “GANNIBAL” Disambung Untuk Musim Ke-2

Kakimuvee

Lionsgate Dedah Trailer Terbaru The Ballad of Songbirds & Snake

Kakimuvee

Teaser Trailer Percy Jackson and The Olympians Pratonton Adaptasi Terbaru Disney+

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee