Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Nick Fury Bakal Muncul Dalam Siri THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER?

Seperti projek-projek Marvel, The Falcon and the Winter Soldier turut terikat penuh dengan kejutan besar, dan salah satunya mungkin akan mengujakan peminat.

Ketika membincangkan siri Netflix Altered Carbon bersama Extra baru-baru ini, Anthony Mackie ditanya mengenai kemungkinan bekas Pengarah S.H.I.E.L.D., Nick Fury kembali dari angkasa untuk memberi restu kepada Captain America yang baru. Mackie bagaimanapun menjawab “Saya berharap”.

“Kami belum selesai penggambaran, jadi saya berharap dia hanya muncul satu hari nanti dan memberi restu kepada kami dengan kehadirannya.”

Kali terakhir Fury muncul dalam MCU adalah menerusi babak post-credit Spider-Man: Far From Home dimana ia menunjukkan Fury sedang berada dalam kapal angkasa, dipercayai menuju ke tempat Captain America, dan tempatnya di Bumi diganti oleh ketua Skrull, Talos.

Siri yang akan ditayangkan di Disney+ ini dibintangi Anthony Mackie, Sebastian Stan, Daniel Bruhl, dan Emily VanCamp yang kembali memainkan peranan masing-masing iaitu sebagai Falcon/Captain America, Bucky/The Winter Soldier, Helmut Zemo, dan Agent 13. Selain itu juga, ia bakal memperkenalkan beberapa watak terbaru termasuklah U.S Agent lakonan Wyatt Russell.

Setakat ini, plot The Falcon and The Winter Soldier masih lagi tidak didedahkan, tetapi berkemungkinan besar akan memaparkan konflik diantara Captain America yang baru, iaitu Sam Wilson aka Falcon dan U.S. Agent yang diangkat sebagai Captain America oleh kerajaan US.

The Falcon and The Winter Soldier akan bersiaran sebanyak 6 episod dan akan mula disiarkan pada Ogos ini.

Related posts

Riot Games & Netflix Dedahkan Poster Karakter “Arcane” & Barisan Pelakon Suara

Kakimuvee

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Leave a Comment