Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Nick Creegan Mengambil Inspirasi Dari Jared Leto Untuk Lakonkan Watak Joker


Batwoman telah memperkenalkan ‘The Joker’ versinya sendiri, namun watak Clown Prince of Crime itu tidak setepat versi asal komik. 

Watak yang baru dicipta, Marquis, telah berubah menjadi penjahat dan dia adalah abang tiri kepada Craped Crusader Gotham City terkini, Ryan Wilder. Pertemuannya dengan The Joker semasa kecil menyebabkan Marquis mengalami kerosakan otak, yang membawanya mencipta personaliti psikotik seperti Joker sebelum finale musim pertengahan. 

Bercakap kepada The Wrap, pelakon Nick Creegan mendedahkan bahawa dia mendapat ilham dari Joker versi lakonan Jared Leto. 

“Perkara yang saya sangat suka tentang Jokernya ialah betapa berbezanya dia daripada setiap persembahan lain? Dia memakai rantai dan dia mempunyai gigi emas. Dan dia sama seperti versi Joker yang baharu, tegang dan berbeza.”

“Saya cuba mengambil sedikit unsur-unsur Joker lakonan Jared Lato,” sambung Creegan,


“Tetapi, saya juga memastikan yang saya dapat mengayakan ketawa dan kegilaan seperti yang saya lihat dalam Joker lakonan Heath Ledger atau Joaquin Phoenix. Jadi, terdapat sedikit yang saya ambil dari mereka, tetapi [saya] masih cuba mengekalkan keaslian sebanyak mungkin.”

Batwoman kini diterajui oleh Javicia Leslie sebagai Ryan Wilder, pelakon yang telah mengambil mantel Scarlet Knight daripada Kate Kane. Siri ini kini dibintangi Rachel Skarsten sebagai Alice, Meagan Tandy sebagai Sophie, Nicole Kang sebagai Mary Hamilton, dan Camrus Johnson sebagai Luke Fox/Batwing.

Berdasarkan watak dari DC, Batwoman diterbitkan oleh Berlanti Productions bersama Warner Bros. Television dengan penerbit eksekutif Greg Berlanti, Caroline Dries, Geoff Johns dan Sarah Schechter.


Related posts

[TRAILER] Black Mirror Kembali Dengan Musim 6, Netflix Dedah Tarikh Tayangan

Kakimuvee

Lady Gaga Sah Bawa Watak Harley Quinn Dalam Filem Sekuel “Joker”

Kakimuvee

“Pretty Little Liars: Original Sin” Akan Membuat Debut Di HBO GO Pada 28 Julai Ini

Kakimuvee

[VIDEO] Ms. Marvel Berhadapan Dengan Musuh Misteri Dalam TV Spot Terbaru

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee