Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Nick Castle Kembali Sebagai Michael Myers Dalam Sekuel Halloween Kills & Halloween Ends

Pelakon asal watak pembunuh Michael Myers, Nick Castle disahkan akan kembali memainkan peranan ikoniknya itu dalam dua filem sekuel Halloween berjudul Halloween Kills dan Halloween Ends.

Menurut laporan dari Joblo.Com, Castle akan berkongsi watak Michael Myers dengan seorang lagi pelakon iaitu James Jude Courtney. Sepanjang perjalanan cerita filem Halloween (2018), watak Michael Myers dilakonkan sepenuhnya oleh James Jude Courtney, manakala Castle turut membuat penampilan sebagai Myers ketika babak ditingkap dan turut menyumbang bunyi nafas untuk watak pembunuh tersebut.

Dijangkakan, dalam filem sekuel akan datang Castle akan memainkan peranannya dalam beberapa babak dan watak Myers akan dilakonkan sepenuhnya oleh Courtney sepertimana mereka lakukan dalam filem Halloween sebelum ini.

Semasa konvensyen Comic-Con yang lalu, Universal Pictures telah mengumumkan dua filem sekuel Halloween akan dihasilkan secara berturut-turut. Filem pertama berjudul Halloween Kills akan mula ditayangkan keapda penonton mulai 16 Oktober 2020 manakala filem kedua berjudul Halloween Ends akan ditayangkan setahun selepas itu iaitu pada 15 Oktober 2021.

Pihak studio juga turut mengesahkan Jamie Lee Curtis akan kembali membawakan wataknya sebagai Laurie Strode dan pembunuh utama francais ini iaitu Michael Myers akan kembali memburu mangsa-mangsanya.

Judy Greer dan Andi Matichak juga dijangka akan kembali membawakan peranan mereka sebagai anak dan cucu kepada karakter Laurie. Pengarah David Gordon Green dan penulis skrip filem Firestarter, Scott Teems akan bekerjasama dalam pembikian filem akan datang. Pencipta karakter Halloween, John Carpenter akan kembali sebagai komposer dan penerbit eksekutif

Related posts

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

Leave a Comment