Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

New Zealand Menjadi Lokasi Penggambaran Siri Lord Of The Rings

Selepas trilogi Lord of the Rings dan siri The Hobbit, New Zealand sekali lagi dipilih untuk menjadi lokasi penggambaran siri televisyen Lord of the Rings. Pekara tersebut diumumkan oleh Amazon Studios dalam satu kenyataan yang dibuat baru-baru ini.

“As we searched for the location in which we could bring to life the primordial beauty of the Second Age of Middle-earth, we knew we needed to find somewhere majestic, with pristine coasts, forests, and mountains, that also is a home to world-class sets, studios, and highly skilled and experienced craftspeople and other staff. And we’re happy that we are now able to officially confirm New Zealand as our home for our series based on stories from J.R.R. Tolkien’s The Lord of the Rings,”

“We are grateful to the people and the government of New Zealand and especially Auckland for supporting us during this pre-production phase. The abundant measure of Kiwi hospitality with which they have welcomed us has already made us feel right at home, and we are looking forward to deepening our partnership in the years to come.”

Siri televisyen ini akan meneroka sebuah jalan cerita yang baru sebelum tertubuhnya The Fellowship of the Ring. Setakat ini, senarai pelakon masih belum diumumkan secara rasmi, namun terdapat laporan yang mengatakan bintang Midsommar, Will Poulter dan Markella Kavenagh antara pelakon yang membintangi siri ini.

Pengarah filem Jurassic World: Fallen Kingdom, Juan Antonio Bayona telah dipilih untuk mengarah dua episod awal. Dia juga akan bertindak selaku penerbit. JD Payne dan Patrick McKay akan menjadi ‘showrunner’.

Pra-produksi Lord of the Rings telahpun bermula dan penggambaran dijangka akan bertempat di Auckland pada penghujung tahun ini.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment