Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

New Mutants: Aktres Blu Hunt Dipilih Bawakan Watak Mirage

Team produksi filem New Mutants akhirnya telah menjumpai aktres yang bakal membawakan watak Danielle Moonstar atau nama alias Mirage. Aktres yang dimaksudkan ialah pendatang baru dalam dunia perfileman Hollywood, Blu Hunt.

Aktres tersebut bukanlah bintang terkenal Hollywood kerana dia hanya berlakon dalam 6 siri TV yang mana salah satu siri tv lakonannya ialah The Originals. Setakat ini, beberapa pelakon telah disahkan akan menjadi pelakon utama filem terbaru FOX Studio itu antaranya bintang filem akan datang Split,  Anya Taylor-Joy dan juga pelakon siri Tv terkenal Game of Thrones,  Maisie Williams yang mana kedua-duanya akan membawakan watak Magik dan Wolfsbane.

Baru-baru ini juga pihak studio membawa masuk ke dalam senarai barisan pelakon bintan siri Tv Stranger Things iaitu Charlie Heaton yang akan membawakan watak Cannonball dan juga Henry Zaga, pelakon siri tv 13 Reason Why yang akan membawakan watak Sunspot.

Jika berdasarkan versi komik, Mirage mempunyai kuasa telepatik yang mampu untuk menarik perasaan takut yang ada dalam diri musuhnya dan menyebabkan musuhnya mengalami illusi yang menakutkan.

Seperti 4 mutant diatas, Mirage juga merupakan salah seorang ahli terawal New Mutants.

Related posts

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

Leave a Comment