Berita

New Line Cinema Umumkan Tajuk Rasmi The Conjuring 3

Views

Warner Bros. dan New Line Cinema telah mengumumkan tajuk rasmi filem The Conjuring 3 berjudul The Conjuring: The Devil Made Me Do It. Ini merupakan filem ketiga dalam siri Conjuring Universe, dan akan ditayangkan dipawagam pada 11 September 2020.

The Conjuring: The Devil Made Me Do It  meneroka cerita seram yang menakutkan, kes pembunuhan dan kejahatan yang memberi kejutan kepada penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warrren. Kedua-dua pasangan tersebut terlibat dalam siasatan satu kes pembunuhan dimana seorang kanak-kanak lelaki telah menjadi suspek utama. Pertama kali dalam sejarah Amerika Syarikat, suspek utama mendakwa dirinya dirasuk syaitan dalam usaha mempertahankan diri semasa perbicaraan di mahkamah.

James Wan dan Peter Safran kembali bekerjasama sebagai penerbit, manakala pengarah The Curse of La Llorona, Michael Chaves akan bertindak selaku pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh David Leslie Johnson-McGoldrick. Richard Brener, Dave Neustadter, Victoria Palmeri, Michael Clear, Judson Scott, dan Michelle Morrissey bertindak selaku penerbit eksekutif.

The Conjuring: The Devil Made Me Do It menjadi filem ketujuh dalam Conjuring Universe, francais filem terbesar dalam sejarah Hollywood, dan telah menjana $1.8 juta dolar seluruh dunia. Francais tersebut termasuklah dua filem awal Conjuring serta Annabelle, Annabelle: CreationThe Nun, dan Annabelle Comes Home.

Tinggalkan Balasan

shares